(20 Gambar) Suasana Pilu Istiadat Pemakaman Almarhum Tunku Jalil

(20 Gambar) Suasana Pilu Istiadat Pemakaman Almarhum Tunku Jalil


Hari ini, selepas solat Zuhur, Almarhum Tunku Jalil akan dikebumikan di Makam DiRaja Mahmoodiah.

Hujan rintik-rintik dan suasana mendung mula terasa kira-kira jam 1 petang. Sekitar jam 1.55 petang, pedati yang membawa jenazah Almarhum Tunku Abdul Jalil tiba di Makam DiRaja Mahmoodiah

Pedati diiringi kira-kira 30 AskarTimbalan Setia Johor melalui Jalan Ayer Molek terus ke makam berkenaan.

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan permaisuri, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan anakanda-anakanda baginda yang lain turut mengiringi jenazah Almarhum Tunku Abdul Jalil.

Tunku Mahkota Johor (TMJ) sendiri turut berkenan untuk menyempurnakan pemakaman yang diketuai Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut.

Salam takziah buat keluarga DiRaja Johor.






























Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel