Aziz Desa Meninggal Dunia

Aziz Desa Meninggal Dunia


Hari ini, Aziz Desa telah disahkan meninggal dunia. Arwah Aziz yang merupakan pengacara TV3 meninggal kira-kira jam 10.50 pagi tadi.

Puncanya adalah akibat masalah buah pinggang yang kronik dan komplikasi dari penyakit kencing manis (diabetes).

Berita itu telah disahkan adiknya sendiri iaitu Azri Desa. Isteri Aziz Desa pula mengatakan dia perasan keadaan Aziz Desa yang sejuk dan penat sebelum menelefon ambulan.

Kemudian pihak perubatan yang datang mengesahkan Aziz Desa meninggal dunia di rumahnya.

Selain itu, berita sedih ini juga telah disahkan oleh Dato Ir Nawawi Ahmad yang merupakan ahli Parlimen Langkawi.

Bersama kita sedekahkan bacaan Al Fatihah kepada arwah yang popular mengacara Malaysia Hari Ini(MHI) dalam slot Jejak Kasih ini.

Beliau juga mengacara rancangan Nasi Lemak Kopi O (NLKO) di TV9. Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel