Ibu Bapa 3 Hafiz Termuda Di Dunia Ini Kongsi Tips Untuk Kuatkan Ingatan Anak

Ibu Bapa 3 Hafiz Termuda Di Dunia Ini Kongsi Tips Untuk Kuatkan Ingatan Anak


Ibu bapa kepada 3 orang hafiz termuda di dunia telah berkongsi tips untuk menguatkan ingtana kanak-kanak untuk menghafal Al-Quran.

Dr. Kamil el Laboody dan Dr. Rasya Abdul Mun�im el Ghayyar memberi beberapa tips untuk memudahkan kanak-kanak mengingati ayat Al-Quran.

Berikut adalah jawapan atau tips yang telah dikongsikan oleh mereka.

Membiasakan solat tahajud

Ketika ada mengeluh mengapa dia mudah lupa apabila menghafal Al Quran, Dr. Kamil el Laboody menyarankan agar orang tersebut membiasakan dirinya dengan solat tahajud. Solat tahajud merupakan salah satu cara mendekat diri kepada Allah Subhanahu wa Ta�ala yang hebat dimana ia akan membersihkan hati hati sehingga mudah mengingati Al Quran. Sebaliknya, hafalan Al Quran akan menjadi susah apabila hati kotor.

Memperbanyak doa

Sebab Allah-lah yang menguasai hati manusia. Dia yang menurunkan kalam-kalam sucinya sebanyak 114 surat. Dia pula yang berkehendak meletakkan hafalan kalam suci ke dalam hati hamba yang dikehendakiNya. Maka perbanyaklah doa kepada Allah, khususnya di sepertiga malam yang terakhir setelah solat tahajud agar Allah berkenan menjadikan kita penghafal Al Quran.

Mengulang hafalan dalam solat sunnah

Surat atau ayat yang telah dihafal perlulah dibanyakan semasa di dalam solat dan dengan demikian, hafalan itu terjaga secara berulang-ulang dalam waktu yang lama.

Wirid harian

Ketika diwawancra oleh penulis buku Rahsia Sukses 3 Hafizh Qur�an Cilik Mengguncang Dunia, Dr. Rasya Abdul Mun�im el Ghayyar menyarankan agar penghafal Al Quran menjadikan wirid sebagai bacaan harian. Setelah ketiga anaknya hafal 30 juz, mereka bertiga rutin membaca tiga juz Al Quran setiap hari. Wirid harian dengan membaca tiga juz inilah yang menjadi amalan mereka. Untuk menyelesaikan wirid harian tiga juz ini, secara puratanya mereka  memerlukan masa 2 setengah jam.

Dengan empat tips ini, terbukti Tabarak, Yazid dan Ziinah bukan sahaja menghafal Al Quran di usia 4 dan 5 tahun sehingga menjadi 3 hafizh termuda di dunia, malah ingatan mereka turut terjaga.


Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel