Ibu Dikecam: Campak Anak Dalam Sungai

Ibu Dikecam: Campak Anak Dalam Sungai 


Seorang ibu di China dikecam kerana bertindak keterlaluan terhadap anaknya. Ibu tersebut mahu menghukum anak perempuannya dengan mencampaknya ke dalam sungai.

Menerusi sebuah video yang menjadi viral di negara itu, wanita tersebut dirakam memarahi anaknya di tepi sungai di Chaozhou kerana mendapat markah rendah di dalam ujian di sekolah.

Wanita tersebut kemudian menolak anaknya jatuh ke dalam sungai sebelum mengangkatnya kembali dan menolaknya kembali ke dalam sungai.

Laporan dari Dailymail mengatakan kejadian tersebut disaksikan oleh orang ramai dan cuba menenangkan ibu terbabit.

Menurut seorang saksi, wanita tersebut memberitahu anaknya mengugut untuk membunuh diri setiap kali beliau mahu mengajarnya di rumah mereka.

Beliau kemudian memarahi orang ramai yang berkumpul dan mendakwa mereka 'tidak tahu kesusahan membesarkan anak'.

Kedua-dua beranak kemudian dilihat meninggalkan tempat kejadian. Dikatakan, sungai tersebut tidak terlalu dalam tetapi mempunyai arus yang laju.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel