Inilah Suspek Kes Bunuh Dengan Kejam Kerani Sekolah Agama
Inilah Suspek Kes Bunuh Dengan Kejam Kerani Sekolah Agama
Seorang lelaki penjawat awam dihadapkan ke Mahkamah Majistret, hari ini atas tuduhan membunuh kerani wanita sekolah agama di Bukit Pasir, Muar, bulan lalu. Kes ini mendapat liputan meluas media ketika itu.
Tertuduh bernama Zurailie Muhamad yang berumur 30 tahun. Namun suspek hanya mengangguk faham atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohd Syafiq Mustaza.
Sehingga kini, masih lagi tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.
Berdasarkan kertas pertuduhan, Zurailie didakwa membunuh Nurul Shahira Mohamed Yatim, 29, di rumah di Taman Setia Kasih,Sungai Terap,di sini, antara 2.05 hingga 2.30 petang, 16 November lalu.
Zurailie didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya A Shaarmini manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Majistret Mohd Syafiq kemudian menetapkan 5 Januari depan untuk sebutan semula kes.
Sumber: HMetro