Isu Khalwat: Ini Jawapan Mufti Perak Kepada Kumpulan G25

Isu Khalwat: Ini Jawapan Mufti Perak Kepada G25



Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria telah memberi komen ekoran kenyataan kumpulan G25 yang mahu hukuman khalwat dimansuhkan kerana menganggu privasi.

Mufti Perak berkata jika ada orang Islam yang melanggar atau menidakkan hukum ALLAH itu boleh dianggap sebagai murtad.

Beliau mempersoalkan tindakan G25 yang dilihat aktif menyerang agama Islam.

�Sebab itu manusia di dunia ini digelar khalifah. Saya nak tanya mereka, apa tugas khalifah di muka bumi ini? Saya nak tanya juga, mereka (G25) ini pakai logik akal semata-mata atau nas dan hadis mana sehingga tindakan kepada pesalah khalwat tidak boleh diambil walaupun di rumah sendiri?

�Kalau dia kata ia langgar hak privasi individu, bunuh orang dalam rumah sendiri tidak perlu dikenakan hukuman kalau macam itu. Mengapa perlu dipersoalkan tentang hukum syariah yang selama ini bersifat mendidik,� 

Mengulas mengenai hukum syariah yang diguna pakai di negara ini, Harussani berkata, undang-undang digubal oleh agamawan, alim ulama, pakar perlembagaan dan pakar undang-undang berdasarkan al-Quran dan Hadis.

�Begitu juga dengan Perlembagaan negara, digubal oleh cerdik pandai dengan melihat kepada latar belakang masyarakat di negara ini. Sebab itu agama Islam jadi agama rasmi di negara ini.

�Apa yang saya boleh kata, mereka (G25) ini hanya bijak dalam ilmu duniawi tetapi sangat daif dalam agama. Kalau nak bercakap tentang agama pastikan kamu belajar agama terlebih dahulu.

�Manusia diciptakan ALLAH untuk beribadah dan patuh kepada suruhanNYA dan meninggalkan larangan. Tidaklah manusia itu diciptakan tanpa tujuan melainkan untuk beribadah kepadaNYA.

�Hukum berkhalwat itu sendiri adalah haram, jadi mereka (G25) cuba mansuh hukuman kepada pesalah khalwat dengan menyatakan itu adalah dosa orang itu dengan ALLAH. Nampaknya mereka ini sengaja menggalakkan orang ramai untuk berkhalwat,� jelasnya.

Semalam, jurucakap G25, Datuk Noor Farida Ariffin memaklumkan mahu menubuhkan sebuah jawatankuasa perunding bagi membincangkan untuk meminda atau memansuhkan beberapa undang-undang syariah.

Katanya, hukuman terhadap pesalah khalwat adalah dosa peribadi antara pelaku dengan ALLAH kecuali jika dilakukan di kawasan awam.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel