Karangan PT3 - Berita

Anda dikehendaki menulis berita tentang rompakan yang berlaku di sebuah pasar raya terkenal.Sebagai wartawan,tulis berita itu selengkapnya.

Kuala Lumpur,25 DISEMBER � Sebuah pasar raya yang terletak di Jalan Young telah dirompak malam semalam.Kejadian itu dikatakan berlaku sekitar jam pukul 8 malam.Menurut pengurus pasar raya tersebut,sebuah konsert istimewa telah diadakan bersempena dengan Hari Natal ketika kejadian rompakan berlaku.

  Menurut salah seorang pegawai keselamatan,perompak-perompak telah memasuki pasar raya dengan menyamar sebagai Santa Claus dan mengatakan akan membuat persembahan.Mereka turut membawa beg-beg dan mengatakan di dalamnya ada hadiah untuk kanak-kanak tetapi sebenarnya beg itu mengandungi senjata.Pegawai keselamatan tidak berasa syak dan membenarkan mereka masuk.

  Seorang saksi rompakan yang identitinya dirahsiakan menceritakan segala kejadian kepada pihak polis.Menurutnya,ketika semua penonton konsert menyaksikan persembahan,sedas tembakan telah mengejutkan semua penonton.Para penonton berasa panik dan cuba melarikan diri.Semua orang berlari bertempiaran.Terdapat juga yang cuba menelefon anggota polis.Perompak-perompak telah menahan beberapa kanak-kanak dan mengugut akan mencederakan mereka jika ada yang menelefon polis.

  Beberapa minit kemudian,sebuah lori datang bersama dengan beberapa lelaki yang tertutup muka mereka.Mereka mengawasi pasar raya itu dari luar.Perompak-perompak di dalam pasar raya telah bertindak dengan segera dan merompak sebanyak mungkin.Seorang pengawal keselamatan ditembak mati kerana berjaya menghubungi pihak polis.Perompak-perompak melarikan diri setelah mengetahui pihak polis akan tiba.

   Tidak lama kemudian,pihak polis datang bersama ambulans.Menurut Encik Muhammad Hahsan,Inspektor di kawasan Kuala Lumpur mengatakan beliau menyesal kerana nasi sudah menjadi bubur.Menurut beliau lagi,pihak polis tidak dapat tiba pada masa yang tepat akibat daripada kesesakan lalu lintas di Bandaraya Kuala Lumpur.Beliau juga mengucapkan takziah kepada pegawai keselamatan yang meninggal dunia kerana sanggup menghubungi pihak polis tanpa mengambil kira nyawanya sendiri.

   Dalam pada itu,beliau berkata polis sedang memburu penjenayah yang berbahaya ini.Merujuknya lagi,pihak polis sedang menyiasat rompakan dan perompak-perompak tersebut akan diberkas secepat mungkin.Beliau juga berkata ,�Sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh ke tanah jua,perompak-perompak pasti akan diberkas walaupun mereka licik.Pihak polis akan merondai semua kawasan dari semasa ke semasa untuk memastikan kejadian sebegini tidak berulang lagi�  

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel