Karangan PT3 - Surat Rasmi - Permohonan Untuk Mengadakan Lawatan Ke Taman Negara
Anda telah bersepakat dengan ahli-ahli persatuan Kelab Pencinta Alam untuk mengadakan lawatan ke Taman Negara untuk tujuan lawatan sambil belajar. Anda ingin mendapatkan kebenaran daripada pihak taman tersebut untuk menyatakan hasrat kelab anda itu. Tulis sepucuk surat anda selengkapnya.
No. 7,Jalan Bestari 22/7,
Taman Nusa Bestari,
81300 Skudai,
Johor.
Encik Hakim,
Pengurus Taman Negara,
Taman Negara,
65790 Rompin,
Pahang. 24 JUN 2016
Tuan,
Permohonan untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Taman Negara
Merujuk kepada perkara di atas,saya,Sathya Gananaathaa selaku setiausaha Kelab Pencinta Alam ingin meminta kebenaran pihak tuan untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Taman Negara.Seramai 80 orang ahli persatuan Kelab Pencinta Alam dan 4 orang guru akan terlibat dalam rombongan tersebut.Ahli-ahli Kelab Pencinta Alam biasanya mengadakan pertemuan pada hari Ahad setiap dua minggu sekali dan kami akan mengadakan lawatan pada hari Ahad.Setelah berbincang,kami membuat keputusan untuk mengadakan lawatan pada 2 November 2016. Kami menganggar akan bertolak dari sekolah pada pukul 7 pagi dan akan tiba di Taman Negara pada pukul 9 pagi.
2. Tujuan utama kelab kami mengadakan lawatan sambil belajar adalah untuk memberi peluang kepada pelajar untuk belajar mengenai nama-nama dan spesies flora dan fauna danselanjutnya.Lawatan ini juga bertujuan untuk menyedarkan ahli-ahli kelab kami tentang kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar.Kelab kami mengadakan lawatan tersebut sebaik sahaja pelajar tingkatan 3 menduduki peperiksaan PT3 supaya dapat beristirehat selepas belajar keras selama setahun.Selain itu,kami juga mengadakan lawatan ini supaya pelajar tidak berasa bosan kerana ramai cikgu akan pergi ke sekolah lain untuk mengawas pelajar SPM.
3. Kami berharap pihak tuan dapat menyediakan sarapan dan makan tengah hari untuk ahli-ahli dan penasihat kelab kami.Setiap ahli perlu membayar sebanyak RM 10 untuk lawatan tersebut.Kami menjangka akan mengumpulkan RM 800 untuk lawatan tersebut.Kami berharap pihak tuan dapat menyediakan makanan dengan bajet tersebut.Jika bajet yang dinyatakan tidak mencukupi,kami boleh menggunakan yuran tahunan kelab kami,iaitu RM 5 setahun.
4. Kami juga berharap pihak tuan dapat menyediakan petunjuk kerana kami belum pernah ke Taman Negara.Kami juga berharap pihak tuan dapat memberi tunjuk ajar yang dapat menerangkan nama spesies flora dan fauna di situ.Kami juga ingin meminta pihak tuan untuk mengundang penceramah untuk memberi ceramah tentang langkah-langkah untuk memelihara dan memulihara alam sekitar.Jika tidakkeberatan, saya juga ingin meminta izin pihak tuan untuk mengadakan pertandingan mencari harta karun berdasarkan keluasan Taman Negara yang sangat luas.
5. Semua aktiviti yang dijalankan telah dibincang dan diakui oleh pengetua sekolah.Di sini,saya menyertakan jadual aktiviti pada hari tersebut:
7.00 pagi : Bertolak dari sekolah
9.30 pagi : Bersarapan di Taman Negara
10.00 pagi : Penjelasan ringkas tentang Taman Negara
10.30 pagi : Meronda sekitar Taman Negara
12.00 tengah hari : Makan tengah hari
1.00 petang : Pertandingan mencari harta karun
3.00 petang : Menyertai ceramah
4.00 petang : Majlis bersurai
4.30 petang : Bertolak ke sekolah
Akhir kata,kami berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan kami.Lawatan ini amat penting bagi ahli-ahli kelab kami kerana akan mendatangkan banyak manfaat.Kerjasama dari pihak tuan, kami dahuluidengan ucapan terima kasih.
Yang benar,
Sathya
(SATHYA GANANAATHAA)
Setiausaha Kelab Pencinta Alam,
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Selesa Jaya 2.