Karangan PT3 - Temu Ramah

Anda telah berpeluang menemu ramah dengan salah seorang tokoh sukan Negara. Tujuan temu ramah ini diadakan adalahuntuk mengetahui lebih mendalam mengenai penglibatan, kejayaan dan perancangan pada masa hadapan beliau dalam bidang sukan yang diceburuinya.Tulis temu ramah itu selengkapnya.

  Baru-baru ini,saya mendapat peluang untuk menemu ramah DatoLee Chong Wei tentang penglibatan,kejayaan dan perancangan beliau dalam bidang sukan badminton. Berikut adalah temu ramah saya dengan beliau.

Sathya          : Selamat pagi dato'.
Dato Lee    Selamat pagi Sathya. Apakah tujuan kamu datang ke sini?
Sathya          : Sebenarnya, saya datang adalah untuk menemu ramah Dato.   Saya mewakili kelab badminton ingin mengetahui kejayaan Dato. Bolehkah saya menemu ramah Dato?

Dato Lee     Boleh. Silakan.
Sathya          : Bagaimanakah Dato terlibat dalam sukan badminton?
Dato Lee     Sebenarnya, saya ialah seorang pemain bola keranjang semasa kecil. Ibu saya menghalang saya bermain bola keranjang kerana faktor cuaca yang sangat panas di gelanggang. Oleh sebab itu, pada usia 11 tahun saya mulamenceburi dalam sukan badminton dan selalu bermain badminton bersama ayah saya. Saya telah dipilih oleh seorang jurulatih tempatan dan beliau bercadang untuk melatih saya.Saya mula memasuki pasukan kebangsaan ketika saya berumur 17 tahun di bawah pimpinan jurulatih Datuk Misbun Sidek.

Sathya           : Apakah kejayaan Dato� selama 15 tahun ini?
DatoLee        : Saya telah mewakili negara Malaysia dalam pertandingan Komanwel, Olimpik, Piala Thomas dan Sukan SEA. Saya juga memenangi dua pingat Perak dalam sukan Olimpik, satu pingat perak dan satu pingat gangsa dalam kejohanan. Diperingkat Asia, saya memperolehi empat pingat gangsa dan satu pingat perak. Saya juga memenangi tiga pingat gangsa dalam Piala Thomas dan empat pingat emas dalam sukan Komanwel. Selain itu, saya juga pernah memegang ranking pertama dunia sehingga tahun lepas.

Sathya           : Tentu kejayaan dato telah mengharumkan nama negara kita.
DatoLee        Ya. Ini kerana, sukan badminton merupakan sukan yang paling terkenal di Malaysia.
Sathya           : Sudah tentu, para pemain muda dan skuad pelapis Negara mahu menjadikan Dato� sebagai idola mereka dan mahu mengikut jejak dato.
Dato� Lee         : Moga usaha saya selama ini dalam sukan badminton akan diteruskan oleh pemain-pemain muda yang hebat pada masa hadapan.(tambahan) 
Sathya         : Saya sebagai ahli kelab badminton juga mengharapkan seperti mana yang Dato� impikan. Selain itu, apakah rintangan dan cabaran yang Dato harungi untuk mencapai kejayaan? (tambahan)
DatoLee     Kamu mesti tahu tentang kes doping yangberlaku tahun lepas. Oleh sebab kes itu, saya telah dilarang bermain selama lapan bulan. Justeru, ranking saya telah jatuh ke nombor 4 dunia.
Sathya           : Kes ini pasti mesti menyedihkan Dato.Bagaimanakah dato mengatasi cabaran ini?
Dato Lee      : Saya menghadapi cabaran ini dengan penuh sabar dan tabah. Bak kata pepatah,Kalau tidak pecahkan ruyung,mana dapat sagunya.
Sathya           : Apakah perancangan Dato dalam sukan badminton pada masa akan datang?
Dato Lee   : Saya akan berusaha untuk meningkatkan prestasi saya dan kembali kepada ranking pertama di dunia. Selain itu, saya akan berusaha sedaya upaya untuk mengharumkan.Saya juga bercadang mahu menjadi seorang jurulatih untuk  memimpin pemain kebangsaan pada masa akan hadapan.
Sathya          : Saya mengucapkan tahniah diatas kejayaan Dato selama ini. Sebelum mengundur diri, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada dato� kerana sudi menghadiri sesi temu ramah pada pagi ini.
DatoLee   : Sama-sama Sathya.


Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel