Kek Perkahwinan Puteri Diana Berusia 34 Tahun Dijual Dengan Harga RM12 Ribu Sepotong

Kek Perkahwinan Puteri Diana Berusia 34 Tahun Dijual Dengan Harga RM12 Ribu Sepotong


Puteri Diana merupakan antara individu yang popular di Britain. Bekas isteri kepada Putera Charles ini telahpun meninggal dalam satu kemalangan di Paris.

Sebagai memori, kek perkahwinan diraja diantara Puteri Diana dan Putera Charles yang disimpan 34 tahun lalu akan dijual.

Kek buah yang berbalut kemas di dalam sebuah kotak masih kekal elok dan boleh dimakan kerana kandungan alkohol yang tinggi digunakan bagi mengekalkan kesegaran kek berkenaan.

Potongan kek berkenaan akan dilelong dengan harga bermula �2,600 (RM12, 243) dalam sesi bidaan di Nate D. Sanders.

Jurucakap rumah bidaan, Sam Heller berkata, perkahwinan pasangan diraja di antara Puteri Diana dan Putera Charles telah menarik perhatian dunia samada melalui televisyen, akhbar mahupun majalah.

"Malah sehingga hari ini, ramai yang masih tidak dapat melupakan mendiang Puteri Diana,'' 

Tambah Sam lagi, potongan kek tersebut masih kekal utuh dan boleh dimakan kerana menggunakan alkohol yang tinggi.

"Pengumpul akan membayar lebih untuk memilik secebis sejarah dari perkhawinan paling popular diabad ke 20," 

Sesi bidaan akan diadakan di Los Angeles, Amerika Syarikat pada Khamis.

Sumber: Sinarharian

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel