Kisah Zulkifli Bunuh Perompak Jadi Viral

Kisah Zulkifli Bunuh Perompak Jadi Viral


Kes bunuh seorang lelaki berumur 50 tahun bernama Zulkifli telah menjadi viral di laman media sejak semalam.

Lelaki ini didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana telah menikam seorang perompak sehingga mati di rumahnya, di Kerteh, Terengganu.

Kisah itu mendapat perhatian orang ramai yang rata-rata bersimpati dengan nasib bapa malang itu dan menuntut agar nasib beliau dibela.

Tidak kurang juga yang mempertikaikan penahanan itu susulan Zulkifli didakwa mempertahankan keselamatan keluarganya daripada perompak yang menceroboh ke rumahnya.

Satu laman fanpage atas nama "Selamatkan Zulkifli" telah dibuat oleh ahli keluarga dan menjadi viral sekelip mata.

Sebelum ini Zulkifli dikatakan telah membayar ikat jamin sebanyak RM15,000 ketika didakwa di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana membunuh tanpa niat.

Menurut fanpage itu, mahkamah dijadualkan bersidang 24 Januari ini di Terengganu dan difahamkan dia kini sedang ditahan sementara di Penjara Marang.

Laman Facebook Selamatkan Zulkifli yang dicipta sejak pagi semalam itu telah mendapat leih 58,000 likes.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel