Pakcik Antara Mangsa Tipu Kedai Telefon Di Kompleks Kota Raya

Pakcik Antara Mangsa Tipu Kedai Telefon Di Kompleks Kota Raya


Seorang warga tua meluahkan rasa kecewa apabila telah ditipu oleh peniaga kedai telefon di Kompleks Kota Raya.

Teknik menipu di kedai-kedai ini sudah terbongkar dan menjadi viral di laman sosial apabila PPIM mengambil tindakan menyerbu premis terbabit.

Ini satu lagi kes penipuan melibatkan seorang warga emas yang ingin membeli telefon untuk isterinya.

Ini kisah penuh pakcik bernama Hanif ini:

LAGI KISAH KOTA RAYA, 16/12/2015

Datang sendiri menceritakn nasib beliau.

Kehadiran pakcik ini melihat2 accessories telefon yg dipamerkan di kedai kami menjadi tanda tanya. 

Bile ditanya cari apa, dia diamkan diri sahaja tanpa bercakap sepatah pon. Senyum pun tidak, angguk pon tidak, geleng pon tidak. Lama jugak gelagatnye di perhatikan kami. Sampai gambarnya kami boleh tangkap depan2 tanpa disedari.

Termenung sahaja melihat accessories telefon yg dipamerkan..

"Kenapa pakcik?."
Sedih melihat raut wajahnya. Lama jgk cuba2 pujuk, akhirnya beliau berjaya menceritakan apa yg tersirat disebalik kesedihan beliau td.

"Pakcik tak tau la nak cakap mcm mana. Benda ni berlaku sangat pantas".
Rupa2nya pakcik ini ada memegang 1 beg kertas OPPO. Lalu di tunjukkan isi dalam beg tersebut.
Pakcik ni menceritakan 1 per 1 kejadian yg berlaku. Dia ke Kota Raya kerana ingin menghadiahkan pada isterinya telefon.

Mula2, dia melihat harga yg dipamerkan dikedai tersebut RM800. Dia pon bertanyakan lebih lanjut mengenai telefon tersebut. Sales person tersebut pon menerangkan dgn lebih lanjut.. Pakcik ini pon terus mengatakan minat beliau. Lantas sales person ini pon terus meminta duit RM1000 terlebih dahulu sebagai bukti yg pakcik ini betul2 minat. 

Tanpa berpikir panjang, pakcik yg berusia lingkungan 55tahun ini terus menghulurkan wang yg diminta.

Penjual td meminta pakcik ini menunggu utk beliau ambil stok di tempat simpanan.
Selang beberapa minit, penjual tadi datang membawa telefon yg pakcik td minat.

Pakcik tadi jadi keliru. Td dia tunjuk model lain, yg dibawa model lain. Pakcik tadi menyatakan pada penjual tersebut bahawa minat beliau bukan pada model yg baru dibawa ini. Minat beliau pada model R7plus.

Penjual tadi terus ambil model R7plus dan menyiapkn bil2.
" Semua sekali RM3100.00". Kata penjual td.

Terkejut pakcik ni apabila hp yg disangkakan pada mulanya RM800, tiba2 menjadi RM3100.
Disebabkn rasa bersalah kerana semua bil telah siap, takut dimarahi oleh penjual tersebut dan rasa takut sekiranya duit RM1000 beliau hangus, beliau akur shj dgn jumlah yg dinyatakan. Habis kesemua duit yg beliau bawa beliau serahkn.

Beliau kekurangan RM300. Beliau berjanji akan melangsaikan baki RM300 itu apabila beliau perolehi duit kelak.

Beliau pulang dengan rase sesal dan xtau mana silap beliau.

Persoalannya :-
- Harga telefon RM2098 adalah benar.
Tetapi mana datangnya charge fee RM700?. Benarkan android system, antivirus, software boleh mencecah RM700?.
Siapa boleh membantu pakcik ini. Sila tampilkan diri anda.
Sama2 kite share cerita ini utk membantu pakcik ini.


LAGI KISAH KOTA RAYA, 16/12/2015..Datang sendiri menceritakn nasib beliau.Kehadiran pakcik ini melihat2 accessories...
Posted by Repair Handphone on Wednesday, December 16, 2015


UPDATE: Akhirnya pakcik hanif berjaya mendapat refund

Baca kisahnya di sini:


UPDATE TERKINI..SYUKUR..KES AKHIRNYA SELESAI..PENIPU TELAH KEMBALIKAN KEMBALI DUIT PAK CIK HANIF DGN BAYARAN PENUH...
Posted by Roslan Bin Hj Ismail - Lan XCassanova on Thursday, December 17, 2015

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel