Terengganu Haramkan Vape Mulai 1 Januari 2016

Terengganu Haramkan Vape Mulai 1 Januari 2016


Terengganu telah membuat keputusan untuk mengharamkan penggunaan vape atau rokok elektronik di negeri ini bermula awal Januari tahun depan.

Pengumuman itu telah dibuat oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Osman Muda.

Katanya, kerajaan negeri Terengganu membuat keputusan itu selepas bersetuju dengan keputusan Majlis Fatwa Negeri Terengganu yang mengharamkan vape.

Katanya susulan keputusan itu juga, pihak kerajaan negeri akan mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan peniaga vape pada 3 Januari bagi memberi penerangan lebih terperinci.


Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel