(VIRAL) Tauke Fabrik Jakel Derma RM5 Selepas Solat Jumaat
(VIRAL) Tauke Fabrik Jakel Derma RM5 Selepas Solat Jumaat
Siapa yang tak kenal dengan jenama Jakel yang merupakan antara jenama popular bagi peminat fabrik di Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan/Pengarah Eksekutif Jakel, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel telah menjadi viral apabila dilihat memberi derma selepas solat Jumaat.
Dikatakan memang selalu pemilik Jakel ini akan dikerumun orang ramai selepas solat Jumaat dan dia akan memberi derma RM5 seorang.
Padanlah perniagaan Jakel berkembang maju, rupa-rupanya sikap terpuji pemiliknya yang suka bersedekah dan menderma.
Tahniah kepada Datuk kerana memberi contoh yang baik. Berikut merupakan beberapa gambar yang berlaku di Masjid Jamek Kuala Lumpur.