Aiman Hakim Ridza & Ayda Jebat Dalam Drama Adaptasi Novel Sesal Separuh Nyawa
Aiman Hakim Ridza & Ayda Jebat Dalam Drama Adaptasi Novel Sesal Separuh Nyawa | Drama adaptasi novel yang hanya bersiaran di Hypp tv.
Drama 30 episod arahan Michael Ang
terbitan Darkwave Pictures.
Bakal menemui anda 16 Januari 2016 di Hypp TV
SINOPSIS NOVEL SESAL SEPARUH NYAWA
�Awak rasa kita takkan jumpa lagi lepas ni?�- Fara �Kita dah janji kan kita akan jadi kawan sampai bila-bila?� - Razlan
Pertemuan pertama di padang sekolah ketika berusia 12 tahun telah mengikat Fara dan Razlan dalam satu hubungan dan janji. Malangnya perhubungan baik tersebut tidak disenangi oleh Datin Mona dan Datin Liza disebabkan dendam lama yang disimpan.
Sengaja memisahkan mereka, Datin Liza telah menghantar Fara ke Melaka untuk terus menetap di sana dan ketika itulah bermulanya persahabatan baik antara Fara dan Fendi.
Setelah sembilan tahun berlalu, Fara dan Razlan dipertemukan semula apabila mereka belajar di satu universiti yang sama di Dublin. Pertemuan yang langsung tidak Razlan sedari sehingga Fara dijadikan sebagai mangsa bulinya.
Fara yang kecewa dengan penerimaan Razlan, membuat keputusan untuk menukar pengajiannya ke Amsterdam dan belajar di sebuah universiti bersama-sama Fendi.
�Kau masih tak nampak, eh? Kau ni buta sangat ke?�- Fara �Dah malam, gelap. Memanglah susah nak nampak.� - Razlan
�Kau memang dah lupa!� - Fara �Weiii� Ingat kau nangis-nangis ni aku kesah?� - Fara
�Aku kesah sebab ada benda yang tak boleh diganti!� - Fara
Setelah menyedari siapa Fara sebenarnya, Razlan terus mencari. Bermula dari situ, hubungan mereka kembali bertaut sehingga membibitkan rasa cinta dan menyebabkan Melissa, adik angkat Razlan dan Fendi cemburu.
Dalam diam, berbagai-bagai usaha yang mereka lakukan untuk memastikan Fara dan Razlan berpisah.
Datin Mona dan Datin Liza yang mengetahui tentang perhubungan tersebut tetap menentang keras dan turut melakukan berbagai-bagai usaha untuk memisahkan mereka. Nekad, Fara dan Razlan membuat keputusan untuk berkahwin walaupun keluarga masing-masing membantah.
Ketika persiapan sedang giat dilakukan dan hanya tinggal tiga hari sahaja lagi majlis pernikahan berlangsung, Razlan menghilangkan diri. Fara kecewa dan lebih mengecewakan lagi apabila dia mengetahui hilangnya Razlan adalah kerana menikahi Melissa, adik angkatnya sendiri.
Akibat luka yang Razlan tinggalkan, Fara terus hanyut dengan dunianya sendiri. Berbagai-bagai perkara yang dilakukan olehnya semakin menghancurkan diri sendiri.
Bimbang dengan keadaan Fara yang sudah tidak mampu dikawal, sekali lagi Datin Liza menghantarnya ke Melaka untuk menguruskan perniagaannya di sana.Setelah dua tahun berlalu, Razlan kembali menuntut janji.
Mampukah Fara menerima huluran tangan Razlan setelah dilukai dan disakiti? Atau dia terus menerima huluran cinta Fendi yang sentiasa ada di sisinya kala susah dan senang?