Cerai Isteri Gemuk.. Untuk Bersama Wanita Yang Lagi Gemuk



SEORANG wanita berbadan gemuk dari Portsmouth, Hampshire, England ditinggalkan suaminya untuk bersama dengan seorang wanita yang jauh lagi gemuk daripadanya.


Victoria Clarke kecewa ditinggalkan suami yang baru 7 bulan mengahwininya.

Victoria Clarke, 38, janda anak tujuh berkahwin dengan Chris Clarke, 50, seorang pemandu teksi pada Mei 2014.


Kenangan di hari perkahwinan Chris dan Victoria.


Mereka bertemu secara tidak sengaja apabila Victoria menaiki teksi milik Chris. Dari situ, Chris memberanikan diri meminta akaun Facebook milik Victoria bagi membolehkan mereka berhubung dengan lebih kerap.

Dek kerana asyik melayan perasaan cintanya, Victoria telah membenarkan Chris untuk berpindah ke rumahnya setelah enam bulan berkenalan. Nyata anak-anak Victoria turut menyukai bakal bapa tiri mereka itu.

Namun setelah tujuh bulan berkahwin, Chris mula menunjukkan sikap pelik dan panas baran. Ini memaksa Victoria untuk menyiasat punca perubahan tingkah lakunya.

Selain itu, Chris juga sering meminta wang dari Victoria dan sedikit demi sedikit perubahan yang ditunjukkan Chris jadi semakin ketara. Adakalanya, dia tidak pulang ke rumah dan memberi alasan terlelap dalam kereta.

Setelah menyiasat, dia mendapat tahu suaminya sedang bercinta dengan seorang wanita bernama Jurgita Malinauskiate dari Lithuania yang memiliki rupa paras sepertinya namun, saiz badan wanita tersebut tiga kali lebih besar dari badannya.


Jurgita Malinauskiate yang memiliki badan tiga kali saiz Victoria.


Chris kini tinggal bersama buah hati baharunya.


Victoria cuba untuk mempertahankan rumah tangganya namun Chris seperti acuh tak acuh dengan apa yang dilakukan olehnya.

Mungkin sudah bosan dan tidak mahu menyakitkan diri sendiri, Victoria akhirnya nekad untuk bercerai bagi membolehkan suaminya hidup bahagia dengan Jurgita yang dianggap mampu menjaganya dengan lebih baik. � MYNEWSHUB.CC

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel