Karangan PT3 - Langkah Keselamatan Semasa Jerebu

Saban tahun, negara kita menghadapi masalah jerebu yang serius sehingga menjejaskan tahap kesihatan dan keselamatan masyarakat.

Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil oleh masyarakat dalam menghadapi masalah jerebu ini.

     Saban tahun,negara kita dan negara-negara jiran kita ditimpa masalah jerebu yang serius sehingga menjejaskan tahap kesihatan dan keselamatan.Negara jran jiran kita,Indonesia mengamalkan teknik tebang dan bakar dalam pertanian.Para petani di Indonesia membakar ladang mereka setelah pokok-pokok tersebut berbuah.Petani-petani di Indonesia bermaharajalela mengamalkan kaedah pertanian ini walaupun telah diharamkan oleh kerajaan mereka.Perbuatan mereka mengancamkan telah mengancam kewibawaan kerajaan Indonesia dan berterusan sehingga tiada penghujungnya.Persoalannya,apakah langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil oleh masyarakat sekiranya masalah jerebu kembali menimpa negara kita.

     Sepanjang tempoh jerebu,kita harus mengelakkan daripada terlibat dalam aktiviti di luar rumah.Pihak sekolah akan menghentikan segala aktiviti kokurikulum sepanjang waktu ini.Hal ini sedemikian,jerebu adalah campuran bahan tosik toksik dan gas-gas beracun yang terbebas bebas ke udara ketika pembakaran terbuka.Misalnya,gas sulfur dioksida dan nitrogen dioksida akan dihasikan dalam pembakaran terbuka.Gas-gas tersebut bersifat asid dan mampu mengakis menghakis sel-sel di sistem respirasi kita.Langkah keselamatan terbaik yang harus diambil oleh penyakit sistem respirasi seperti asma,bronkitis dan emfisema.Penyakit-penyakit ini mempunyai sistem respirasi yang kurang efisien dan memerlukan langkah yang lebih selamat.Lantaran itu,kita harus mengurangkan aktiviti di luar rumah terutamanya pesakit sistem respirasi.

     Selain itu,kita perlu memakai penutup hidup atau lebih dikenali sebagai �mask� semasa keluar daripada rumah.Elakkan daripada menghisap menghidu asap jerebu secara terus.Kita perlu mempercepatkan segala urusan di luar supaya tidak terjejas oleh asap jerebu.Kita juga perlu membasuh tangan dan muka sebaik sahaja balik dari luar dan minum air yang banyak.Hal ini adalah untuk mengurangkan kesan jerebu kepada badan kita sekali gus membersihkan habuk dan kotoran yang terlekat pada badan.Contohnya,pekerja yang bekerja di luar seperti petani,pekerja buruh dan nelayan perlu mengurangkan waktu bekerja manakala atlet perlu mengurangkan masa latihan.Oleh itu,jelaslah bahawa kebersihan diri dan pencegahan amat penting sewaktu jerebu.

     Di samping itu,kita perlu memastikan udara di rumah sentiasa bersih ketika jerebu.Tutupkan tingkap dan pintu dengan rapat supaya asap jerebu tidak boleh memasuki rumah.Kita boleh menggunakan pembersih udara untuk membersihkan udara di dalam rumah.Penghisap rokok perlu menghentikan tabiat merokok secara sementera semasa jerebu kerana asap rokok dapat menerukkan memberi kesan terhadap keadaan jerebu.Misalnya,kandungan gas karbon monoksida dapat menyekat penyerapan oksigen dalam darah kita dan atmosfera akan mengandungi kandungan oksigen yang lebih rendah.Pada masa sebegini,seseorang akan mudah menjadi lesu dan sesak nafas ataupun lebih teruknya boleh meragut nyawa.Oleh itu,kita harus memastikan kebersihan udara di rumah kita.

     Akhir sekali,pemandu-pemandu perlu berhati-hati di jalan raya sewaktu jerebu.Hal ini berikutan,asap jerebu dapat mengaburkan penglihatan kita dan memberi penglihatan yang terhad.Pemandu jalan raya perlu menggunakan lampu kecil ketika memandu.Pemandu perlu mengurangnya mengurangkan kelajuan di jalan raya supaya tidak mengakibatkan kemalangan jalan raya. Bak Kata cendekiawan,biar lambat asalkan selamat.Sebagai contoh,pemandu perlu memandu kenderaan mereka pada kelajuan 60 kilometer per jam iaitu halaju normal di jalan raya.Selain itu,pemandu juga perlu menggunakan alat pendingin hawa di kereta bukan membuka tingkap kereta.Tegasnya,pemandu perlu sentiasa berhati-hati di jalan raya dan memandu dengan lebih cermat dan hemah semasa jerebu.

     Kesimpulannya,kita harus mengambil langkah proaktif ketika menghadapi jerebu.Sebagai rakyat negara jiran yang mengamalkan kaedah tebang dan bakar,kita harus membuat persediaan awal seperti menyediakan topeng hidung supaya dapat menghadapi masalah jerebu pada bila-bila masa sahaja bak kata pepatah �sediakan payung sebelum hujan�.Kita perlu sentiasa berhati-hati dan menjaga kesihatan dan kebersihan diri agar masalah jerebu tidak memudaratkan kesihatan kita.Kata orang,�kesihatan lebih penting daripada kekayaan�.
   

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel