Kejam: Suami Potong Hidung Isteri Sebab Tak Bagi Kahwin Lagi Satu

Kejam: Suami Potong Hidung Isteri Sebab Tak Bagi Kahwin Lagi Satu


Seorang suami bertindak kejam apabila sanggup memotong hidung isterinya yang baru sahaja berusia 20 tahun.

Kejadian ngeri ini berlaku di Afganistan dan pihak Taliban serta polis sedang mencari sang suami bernama Muhammad Khan yang kini melarikan diri.

Isteri malang bernama Reza Gul itu telah diserang oleh suaminya menggunakan sebilah pisau dan kini dirawat di hospital.

Pengarah Kesihatan Awam Wilayah Faryab, Dr Maroof Samar berkata, mangsa berada dalam kaedaan kritikal ketika dibawa ke hospital.

Sementara itu ibu mangsa, Zarghona memberitahu, Reza Gul sering dipukul dan menjadi mangsa deraan suaminya sejak berkahwin 6 tahun yang lalu.

Ini komen ibu mangsa:

"Bila dia sanggup memotong hidung Reza Gul, saya rasa ingin cicang dia jika terjumpa," katanya dalam keadaan marah.

Dikatakan suaminya itu mengamuk kerana Reza tidak membeanrkannya bertunang dengan seorang kanak-kanak berumur 7 tahun.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel