Kenali Virus Zika
Kenali Virus Zika
Virus Zika diklasifikasikan sebagai satu jenis virus baru, dan para sainstis sedang memahami asas-asasnya, termasuk cara pencegahan, merawat dan mendiagnosis ancaman virus Zika, virus bawaan nyamuk.
Wanita mengandung disaran agar tidak berkunjung ke negara-negara Amerika Latin dan Caribbean yang menunjukkan peningkatan dalam kejadian iaitu:
1) 'Microcephaly'.
Bayi yang lahir dengan kepala atau otak mengecil
2) 'Sindrom 'Guillain-Barre'
Gejala masalah saraf
Virus ini telah merebak secara pantas pada tahun kebelakangan ini dan telah menyebabkan kerosakan otak bayi.
Juga dilaporakan belum ada vaksin di pasaran terhadap virus denggi, ia juga berasal dari keluarga 'flaviviruses' yang sama.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menegaskan, virus itu boleh merebak sehingga empat juta orang di Amerika. Tanda dan gejalanya sukar dikesan selain ketiadaan ujian tepat yang boleh digunakan," katanya.
Virus Zika dikatakan telah merebak di 22 buah negara. Antaranya ialah Barbados, Bolivia, Brazil, Colombia, Republik Dominica, Ecuador, El Salvador, French Guiana, Guadeloupe, Guatemala, Guyana, Honduras, Martinique, Mexico, Panama, Paraguay, Puerto Rico, Saint Martin, Suriname, U.S.Virgin Islands, Venezuela dan Samoa.
Tanda-tanda virus itu hanya menyebabkan demam ringan dan bintik-bintik di badan, sakit sendi tapi tidak menyebabkan kematian, walaubagaimanapun ia dikaitkan dengan kejadian "microcephaly" iaitu kelahiran bayi dengan kepala atau otak mengecil serta gejala saraf iaitu sindrom "Guillain-Barre".
"Microcephaly" memang bahaya kerana ianya ialah kecacatan otak atau kepala kekal yang boleh mempengaruhi tumbesaran bayi sehingga dewasa.