Pelakon Sheera Iskandar Jalani Pembedahan Buang Ketumbuhan Di Rahim

Pelakon Sheera Iskandar Jalani Pembedahan Buang Ketumbuhan Di Rahim


Pelakon yang popular menerusi Halimah jongang, Sheera Iskandar baru sahaja selesai menjalani pembedahan membuang ketumbuhan (cyst) dalam rahimnya.

Operation membuang cyst itu dibuat pada Selasa lalu di Hospital Pakar Damansara.

Sheera berkata, pembedahan itu terpaksa dilakukan selepas doktor mengesahkan dirinya menghidap Endometriosis.

Sheera kini masih lagi ditahan di wad disebabkan masih memerlukan pemerhatian rapi kerana tahap kesihatannya masih belum stabil.

Sementara itu, Sheera berkata, doktor turut menasihatkan dia untuk menjaga pemakanan agar penyakit tersebut tidak berulang.

Ini komen pelakon tersebut:

�Doktor maklumkan ketumbuhan itu belum sampai ke tahap serius, tetapi jika tidak dibuang, ia boleh membesar dan membahayakan nyawa.

�Atas nasihat doktor, saya setuju dibedah dan tidak mahu berlengah lagi,� 

"Zaman sekarang ini, kita sering makan makanan berbentuk segera. Ayam pun disuntik. Jadi pengambilan makanan kita tidak sihat.

"Saya harap selepas ini saya dapat mengamalkan pemakanan yang lebih sihat, InsyaAllah,"

Sumber: mStar

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel