Video Kontroversi: Telefon Bimbit Arja Lee Hilang

Video Kontroversi: Telefon Bimbit Arja Lee Hilang 


Video kontroversi yang dimuat naik menerusi laman Instagram pelakon Arja Lee dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab setelah akaun Instagram di telefon bimbitnya digodam.

Satu kenyataan dari pengurusnya, Lin Ramli telah menyatakan bahawa telefon bimbit pelakon itu telah hilang

Malah pelakon tersebut cuba memadam video itu, namun tidak berjaya berikutan kata laluan akaun tersebut ditukar oleh pihak tersebut.

Arja Lee juga sudah membuat repot polis kira-kira pukul 2.30 pagi Rabu di Balai Polis Mutiara Damansara.

Ini komen pengurusa Arja Lee:

"Telefon bimbit Arja hilang malam tadi selepas kami pulang daripada makan malam dan dia menyedari hal tersebut ketika sudah pun berada di rumah.

"Arja cuba membuang video tersebut, namun malangnya akaun itu sudah ditukar kata laluan dan dikawal oleh pihak tertentu," 

"Kami sudah buat laporan polis selepas mengetahui kehilangan telefon itu malam tadi dan sekarang ingin ke Celcom untuk urusan kehilangan," 

"Saya minta maaf kerana Arja belum sedia untuk bercakap dengan media. Dia dalam keadaan tertekan dan terkejut dengan perkara ini.

"Insya-Allah dia akan buka mulut bila semuanya sudah selesai,"

Video kontroversi berdurasi 15 saat itu menunjukkan Arja lee sedang menimbang bola dengan pakaian kurang sopan. Video itu dikecam teruk oleh orang ramai.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel