Bekas Isteri Kedua Balas Kenyataan Salih Yaacob

Bekas Isteri Kedua Balas Kenyataan Salih Yaacob



Raha, bekas isteri kedua kepada Salih Yaacob telah tampil membuat kenyataan untuk membidas kenyataan yang dibuat oleh penyampai radio dan juga pelawak itu.

Salih sebelum ini menyatakan kehadiran bekas isterinya itu ke satu majlis reunion menjadi antara punca penceraian mereka berdua tahun lalu.

Namun kin Raha telah menafikan perkara tersebut. Dia memberitahu, mereka bercerai kerana masalah lama dan bukan selepas dia menghadiri reunion atau curang.

Raha memberitahu, dia hanya mula mengenali lelaki lain selepas bercerai dengan Salih Yaacob.

Ini komennya:

�Selepas saya luahkan hasrat untuk berpisah, dia terus mendiamkan diri selama dua bulan. Sepanjang tempoh itu juga, dia langsung tidak menghubungi saya untuk bertanyakan khabar.

�Malah saya juga tidak ada menerima apa-apa mesej atau WhatsApp daripadanya. Dia juga langsung tak balik ke rumah ketika itu.

�Sehinggalah saya betul-betul rasakan sudah tiba masanya dan minta untuk dilepaskan, maka kami berpisah secara rasmi pada 1 September tahun lepas,� 

�Majlis perjumpaan itu baru sahaja dalam dua bulan kebelakangan ini. Saya menyangkal dakwaan yang mengatakan punca penceraian ini mempunyai kaitan dengan �reunion� mahupun kehadiran orang ketiga.

�Saya memang tidak pernah ada hubungan dengan mana mana lelaki lain sepanjang bergelar isterinya. Soal berkawan dengan lelaki yang kini menjadi suami baharu saya, ia berlaku selepas saya sah bercerai.

�Sepanjang saya masih isterinya yang sah memang tidak ada apa apa hubungan lain. Jadi tidak timbul isu orang ketiga,� 

Sumber: MalayMailOnline

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel