Bunyi Menakutkan di Jalan Antara Pelangi Damansara Condominium ke McDonald's Centerpoint Bandar Utama



Salam

Saye Imran Harun. Saya adalah seorang graduan dari sebuah universiti IPTA, baru sahaja tamat belajar kursus Ijazah dalam Sains Komputer. Saya berasal dari Johor dan selepas tamat belajar, saya terus mendapat tawaran sebagai Mobile App Programmer di sebuah syarikat mobile app development di Damansara.

Jadi, saya terima tawaran tersebut. Hari pertama saya ke sana, saya hanya tinggal di rumah abang saya di Shah Alam. Hari kedua, terus saya cari bilik sewa yang berdekatan di tempat kerja dan dipendekkan cerita, saya jumpa la satu bilik di Pelangi Damansara Condominium. Tempat itu agak nice la. Cuma parking, kalau nak parking kat basement, kena bayar RM120 sebulan. So, saya jenis berjimat, saya just parking kat luar. Kena lintas jalan besar, selalunya saya parking dekat dengan 7-Eleven.

Ok. So, sepanjang saya tinggal di sini selama 3 bulan, saya ada satu kisah seram dan misteri yang saya alami.

Kejadian seram ini berlaku di sebuah jalan (kalau tengok kat Google Map, nama jalan tu adalah 'Persiaran Bukit Utama') . Jalan ini menghubungkan antara Pelangi Damansara dan Centerpoint Bandar Utama.

Dipendekkan cerita, pada suatu malam (pukul 12.00 tgh malam), waktu tu saya berada di bilik tengah layan movie, tiba-tiba perut saya rasa macam nak makan McD. Al-maklum saya ni sebenarnya kuat makan orangnye.

So, saya pun terus ambik kunci kereta, ambik dompet, turun bawah pergi ke kereta...Saya pun start kereta dan terus ON GPS untuk cari McDonalds terdekat.

McDonalds yang paling dekat di Pelangi Damansara tu sebenarnya adalah di sebelah Tesco Mutiara Damansara. Tapi waktu tu saya masih tak kenal jalan. Al maklum orang Johor. So, GPS yang agak stupid ni bagi saya McDonalds yang berada di Centerpoint Bandar Utama. Tapi apa-apa pun sebenarnya tak jauh pun. Dalam 10-15 minit sampai.

Jadi, untuk ke Centerpoint Bandar Utama tu, perlu lalu jalan yang dikatakan seram tu iaitu Persiaran Bukit Utama.

Jalan ni memang agak sunyi. Ada pokok-pokok besar di tepi jalan. Dan di tepi jalan yang satu lagi ada kawasan perumahan (nampak macam rumah-rumah mewah) dan macam biasa rumah mewah ni kadang-kadang nampak seram (tak meriah, nampak macam takde orang). Jalan ni jalan straight je, cuma yang tak best, terlalu banyak bonggol.

Tapi takpe, saya lalu je. Sepanjang perjalanan ke Centerpoint tu, memang saya dapat rase agak seram. Tapi alhamdulillah takde ape yang berlaku, saya sampai ke McDonald centerpoint dan beli la ape yang patut.

Dalam perjalanan pulang, saya lalu jalan yang same. Sampai je satu kawasan tu, saya terdengar semacam ade orang menangis. Waktu tu saya bukak tingkap, sebab nak rase angin di jalan tu yang rasanya agak sejuk dan nyaman. Saye dengar orang menangis, sayu-sayu je bunyinya. Tak lama kemudian, saya nampak satu bonggol di depan, so saya perlahankan kereta. Sampai je dekat bonggol tu, saya nampak seorang perempuan baju putih duduk mencangkung seperti sedang menangis.

Perempuan tu duduk betul-betul tepi bonggol tu.. Saya pun pandang la dia sambil melalui bonggol tu. Tiba-tiba dia angkat kepalanye dan tengok saye dengan muka yang agak menakutkan (macam orang gile).. Saya pun buat tak tahu je.

Saya teruskan perjalanan..Sambil-sambil tu, saya tengok cermin sisi..dan saye nampak dia bangun, dia tengok je kereta saya...Dalam beberapa saat, dia berlari kejar kereta saya! ..Saya pun ape lagi, terus pecut... tapi takleh pecut sangat. Sebab terlalu banyak bonggol.

Apa-apa pun, akhirnye saya sampai ke rumah dengan selamat.

Tapi sesungguhnya itu adalah pengalaman saya yang memang menakutkan.

Saya tak tahu dia adalah hantu atau hanyalah orang gila semata-mata.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel