Karangan PT3 - Aktiviti selepas PT3 (Dialog)
Anda telah berbual dengan rakan anda tentang kegiatan yang berfaedah yang boleh dilakukan selepas peperiksaan PT3.
Sediakan dialog tersebut selengkapnya.
Bunyi loceng telah berbunyi.Semua tergesa-gesa keluar dari kelas dan menuju ke kantin sekolah.Sathya dan Sam hanya duduk dalam kelas.
Sathya : Eh,Sam!Kamu tidak pergi ke kantin?
Sam : Saya berasa kenyang dan saya ingin menyimpan wang saku saya di bank.
Sathya : Apa kamu sedang buat?
Sam : Saya berasa bosan lalu saya membaca buku komik.
Sathya : Saya pun berasa begitu.Peperiksaan PT3 pun telah tamat dan kita ada banyak
masa sehingga tahun depan.
Sam : Apakah harapan awak untuk keputusan PT3?Saya berasa takut akan keputusan
PT3.
Sathya : Kita sudah menduduki peperiksaan PT3 dan kita harus menerima keputusan
dengan hati yang reda.
Sam : Bagaimanakah kamu mengisi masa lapang ini dengan berfaedah?Saya cuma
membaca komik dan menonton televisyen di rumah.
Sathya : Sebenarnya,terdapat banyak aktiviti yang boleh kita lakukan untuk mengisi waktu
lapang dengan berfaedah.
Sam : Saya bercadang supaya kita melakukan aktiviti berjoging di taman
berhampiran.Sudah lama saya tidak terlibat dalam sukan kerana membuat
persediaan untuk PT3.
Sathya : Saya bersetuju dengan cadangan itu.Berjoging dapat menyihatkan tubuh kita dan
membantu membina stamina.Kita akan berpeluh semasa terlibat dalam
senaman.Seperti yang kita belajar dalam mata pelajaran Sains,peluh akan
mengumuhkan bahan toksik iaitu urea dalam badan kita.Selain itu,aktiviti berjoging
juga dapat membantu sistem pengangkutan darah kita untuk mengangkut oksigen
ke seluruh badan.Ini macam sambil menyelam minum air.
Sam : Patutlah kamu sentiasa dapat A dalam Sains.Pengetahuan kamu memang kuat
dalam Sains.
Sathya : Saya memang berminat dalam mata pelajaran Sains kerana saya hendak mengikut
jejak abang saya untuk menjadi seorang ahli sains.
Sam : Minggu depan,pameran Sains akan dianjurkan di Dewan Rakyat di Johor
Bahru.Kita boleh pergi bersama-sama.
Sathya : Ya.Saya pun bercadang untuk melawat pameran itu.Kita dapat menajamkan
pengetahuan kita dalam Sains sekali gus mengisi masa lapang ini dengan
berfaedah.Kita akan memasuki Tingkatan 4 pada tahun hadapan.Kita hanya
mempunyai dua bulan sahaja.Saya ingin memilih aliran Sains.Kamu pilih jurusan
mana,Sam?
Sam : Saya pun sama dengan awak tetapi mata pelajaran dalam aliran Sains sangat
susah.
Sathya : Ya,susah memang susah.Yang paling penting ialah kita harus bekerja keras kerana
hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih.Kita boleh mengambil kesempatan
pada waktu yang lapang ini untuk membuat
persediaan paling awal untuk SPM.
Sam : Betul kata kamu,Sathya.Peribahasa Cina juga ada mengatakan bahawa
�permulaan yang baik bersamaan kejayaan yang separuh�.
Sathya : Kita juga pernah belajar pepatah �sediakan payung sebelum hujan�.
Sam : Apakah aktiviti yang lain?Kita akan berasa bosan kalau melakukan aktiviti yang
sama.
Sathya : Saya bercadang untuk pergi memancing.Memancing dapat melatih kesabaran kita
dan kita boleh membakar ikan yang dipancing.
Sam : Tentu seronok untuk memancing di sungai.Manakah lokasi kita untuk memancing?
Sathya : Sungai Muar.
Sam : Sungai Muar?Kamu tidak menonton berita terkinikah?
Sathya : Kenapa?Apakah yang berlaku?
Sam : Berita terkini memaparkan tentang pencemaran di Sungai Muar.
Sathya : Kalau begitu,saya bercadang untuk bersepakat dengan rakan-rakan sekelas kita
untuk membersihkan Sungai Muar.Ini juga merupakan aktiviti yang berfaedah.
Fernandez : Hai,kawan-kawan.Apakah kamu sedang membincangkan?
Sam : Sathya berpendapat untuk membersihkan Sungai Muar.
Fernandez : Bagus betul cadangan itu.Nanti saya hendak main bola sepak dengan kawan saya
dan kami kekurangan pemain.Sathya dan Fern,kamu nak menyertai tak?
Sam : Boleh.Bagaimana kamu,Sathya?
Sathya : Boleh.Nanti kita bincangkan cadangan membersihkan Sungai Muar dengan rakan-
rakan lain.
Sam : Saya tidak sabar untuk melihat keadaan Sungai Muar yang bersih.
Loceng berbunyi.Semua pelajar pulang ke kelas masing-masing.Sam,Sathya dan Fernandez pulang ke tempat masing-masing.