Karangan PT3 - Masa itu emas
Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk �Masa itu Emas�.
Masyarakat Melayu sangat kaya dengan peribahasa yang berunsur memberi pengajaran kepada masyarakat kita.Pepatah �Masa itu Emas� sering diungkapkan oleh cendekiawan dan orang tua.Pepatah ini bermaksud kepentingan menghargai masa.Masa merupakan benda yang tidak ternilai kerana tidak dapat dibeli atau dijual.Peribahasa ini harus dijadikan pedoman hidup kita.Kata orang,masa tidak menunggu kita,kita yang sering perlu mengejarnya.Oleh sebab masa sangat berharga,masa perlu diisi dengan berfaedah.
Pelajar sekolah harus memanfaatkan masa mereka di sekolah untuk belajar bersungguh-sungguh.Pelajar sekolah harus memasang telinga dalam kelas.Hal ini demikian kerana waktu persekolahan hanya berlaku dalam kehidupan seseorang sekali sahaja dan tidak akan kembali lagi.Oleh itu,pelajar harus mengambil kesempatan sewaktu ini dan belajar bersungguh-sungguh supaya tidak menyesal kemudian hari kerana bak kata pepatah sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tiada gunanya.Oleh itu,pelajar tidak seharusnya membazirkan waktu persekolahan mereka.
Selain itu,masa lapang,iaitu waktu senggang di antara dua aktiviti juga harus diisi dengan aktiviti yang berfaedah.Masa lapang boleh diisi dengan aktiviti membaca.Persis mutiara kata,�Membaca Jambatan Ilmu� dan buku merupakan laut yang terbentang ilmu.Kita dapat memperoleh banyak ilmu pengetahuan melalui membaca.Misalnya,buku-buku Sains dapat meningkatkan ilmu seseorang dalam mata pelajaran Sains.Kita juga boleh membaca surat khabar supaya dapat mengetahui tentang isu-isu dan berita terkini agar tidak ketinggalan zaman atau dikenali sebagai katak di bawah tempurung.Lantaran itu,membaca merupakan aktiviti yang berfaedah untuk mengisi masa lapang.
Di samping itu,peribahasa �Masa itu Emas� juga memberi nasihat kepada kita untuk tidak meluangkan masa dalam aktiviti yang tidak berfaedah.Misalnya,melepak,penyalahgunaan dadah,merokok,vandalisme dan gengsterisme.Hal ini demikian masa yang berharga akan dibazirkan dalam aktiviti yang tidak berfaedah sebegini.Sebenarnya masa ini dapat diisi dengan aktiviti yang berfaedah seperti membaca,aktiviti sukan dan sebagainya.Tuntasnya,kita harus mengelakkan diri daripada terlibat dalam aktiviti yang tidak berfaedah.
Tambahan pula,kita boleh mengisi masa lapang dalam aktiviti sukan atau kokurikulum.Bersukan dapat menyihatkan tubuh kita di samping mencekapksn meningkatkan sistem kardiovaskular kita dan membantu dalam pengangkutan oksigen dalam badan.Sukan juga mampu meningkatkan stamina badan.Persis kata �badan cergas otak cerdas� menjelaskan bahawa sukan dapat mencerdaskan otak kita dan kita akan lebih fokus sewaktu bekerja atau belajar.Oleh itu,jelaslah masa boleh diisi dengan bersukan.
Kesimpulannya,peribahasa �masa itu emas� memberikan iktibar kepada kita.Ibu bapa harus memupuk anak-anak supaya menghargai masa sejak kecil lagi bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.Pihak lain seperti pihak kerajaan juga seharusnya menggembleng tenaga untuk memupuk nilai menghargai masa.Pihak sekolah perlu mengadakan aktiviti kokurikulum di sekolah supaya waktu terluang pelajar tidak dibazirkan dalam aktiviti yang tidak berfaedah sekali gus mendisiplinkan pelajar seperti pepatah sambil menyelam sambil minum air.