Karangan PT3 - Ucapan dalam Majlis Anugerah Cemerlang (Juara Nilam)
Sebagai seorang pelajar yang telah dinobatkan sebagai Juara Nilam,anda dijemput menyampaikan ucapan dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan yang diadakan oleh pihak sekolah.Dalam ucapan itu anda diminta menerangkan usaha-usaha anda sehingga berjaya menjadi juara.
Sediakan teks ucapan anda selengkapnya.
Yang Berusaha Tuan Pengerusi Majlis,Yang Berbahagia Pengetua Sekolah,Encik Arsad bin Yahaya,guru-guru dan pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian.Terlebih dahulu,saya ingin mengucapkan terima kasih kepada guru tingkatan saya,Puan Rogayah dan guru-guru lain yang telah menobatkan saya sebagai Juara Nilam pada tahun ini.Saya juga berasa amat bertuah kerana diberi peluang untuk memberi ucapan di khalayak ramai pada hari ini.Saya percaya bahawa soalan �Apakah itu Nilam?� terbayang dalam fikiran segelintir daripada kita.Program Nilam atau dengan lebih jelas Program Nadi Ilmu Amalan Membaca ialah suatu program membaca yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memupuk amalan membaca dalam kalangan pelajar sekolah.Setiap sekolah termasuk sekolah kita menurut perintah lalu mengadakan program ini.Tanpa melengah-lengahkan masa,saya akan mengatakan tujuan saya berucap pada pagi ini iaitu untuk berkongsi usaha-usaha saya sehingga berjaya bergelar juara.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Pertama sekali,saya sangat menghargai masa kerana bak kata pepatah masa itu emas.Saya sering memanfaatkan masa terutamanya waktu rehat untuk berkunjung ke pusat sumber sekolah untuk membaca buku dan novel.Saya juga tidak akan lupa untuk merekodkan sinopsis cerita yang dibaca.Saya juga akan menggunakan masa terluang di sekolah membaca novel-novel yang dipinjam daripada perpustakaan sekolah.Selepas waktu persekolahan,saya juga akan membaca di rumah selepas menyiapkan kerja rumah.Saya memang tidak suka menghabiskan masa dalam kegiatan yang tidak berfaedah seperti budaya lepak,gengsterisme,vandalisme dan sebagainya.Untuk menjadikan masa saya lebih teratur,saya menyediakan jadual waktu dan mengetepikan masa untuk program membaca ini.Oleh itu,pengurusan masa sangat penting untuk berjaya dalam program tersebut.
Selain itu,saya juga menjadikan aktiviti membaca dalam rutin harian saya.Sebagaimana makanan mengenyangkan perut,membaca mengenyangkan otak saya.Saya berasa seronok ketika membaca dan tidak berasa bosan.Sebelum membaca,anda perlu menyemai minat membaca dalam sanubari anda supaya dapat meneruskan amalan ini tanpa berasa bosan.Walaupun saya sering diperli sebagai �ulat buku�,saya tidak mengambil kisah dan meneruskan minat saya.Anda seharusnya sentiasa gigih dalam usaha ini dan jangan sesekali berputus asa walaupun menghadapi rintangan dan pancaroba seperti dalam pepatah di mana ada kemahuan,di situ ada jalan.Jelaslah kegigihan amat perlu dalam usaha ini.
Pelajar-pelajar yang dikasihi,
Di samping itu,saya sering berkunjung ke pameran buku untuk membelek buku ilmiah yang sesuai dengan minat saya.Di situ,saya berpeluang menemui buku-buku ilmiah yang kaya dengan kosa kata yang mendalam.Sebaik sahaja saya menemui kosa kata atau istilah yang tidak dikenal maksudnya,saya akan merujuk Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka untuk penjelasan yang terbaik.Saya juga membuat langgangan bulanan daripada penerbit terpilih.Dengan itu,saya dapat membaca pelbagai buku yang berbeza dan seterusnya meningkatkan bilangan buku yang saya baca.Melalui perkunjungan ke pameran atau ekspo,saya mampu pelbagai bahan bacaan ilmiah dengan harga yang murah dan berpatutan.Peribahasa �jauh perjalanan luas pemandangan� amat berseuaian dengan situasi ini.
Tambahan pula,saya juga membuat sasaran untuk membaca.Misalnya,saya akan membuat sasaran untuk membaca sebuah buku dalam satu minggu.Sasaran ini memberi keyakinan dan dorongan kepada saya untuk mencapai sasaran tersebut.Saya juga memastikan tahap saya di mana sama ada di tahap jauhari,emas,gangsa atau nilam.Kini,saya telah membaca 300 buah buku.Walaupun saya telah mendapat juara Nilam,saya tidak akan sombong seperti kuduk naik junjung dan meneruskan usaha saya ini agar mencapai rekod yang baru.Terbuktilah,perancangan awal penting untuk menjayakan sesuatu usaha.
Sebelum mengakhiri ucapan,saya ingin menegaskan kepentingan membaca bak kata pepatah membaca merupakan jambatan ilmu.Sebagai pelajar,kita harus sentiasa menuntut ilmu dengan membaca dan belajar agar mendapat masa depan yang cerah.Samuel Johnson pernah mengungkapkan �masa hadapan dibeli oleh masa sekarang�.Baginda Rasulullah juga pernah bersabda Tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri China sekalipun.Saya berharap ucapan saya telah merangsangkan pemikiran anda dan melahirkan budaya membaca.Sekian,terima kasih.