Kisah Paling SERAM dan menakutkan di Pejabat JPJ Glenmarie, Shah Alam
Assalamualaikum
Saye Shahrul. Saya ingin berkongsi pengalaman seram saya ketika bekerja sebagai technician networking. Kerja saya ni memang banyak bergerak ke sana ke mari dan salah satunya di JPJ Glenmarie menjadi client company saya.
Pihak JPJ ingin memasang beberapa CCTV (IP CCTV), IP CCTV ni sejenis CCTV yang modern. Ia juga dikenali digital CCTV... IP CCTV ni hanya memerlukan satu sahaja cable, iaitu CABLE network CAT6. Cable ini akan menghantar data-data cctv tu melalui cable network itu. Begitu juga POWER CCTV itu akan diambil melalui cable network itu juga.
So dipendekkan cerita, saya dan kawan saya Haris ditugaskan untuk melaksanakan kerja-kerja pasang CCTV di JPJ Glenmarie tersebut. Oleh kerana kami pekerja yang bagus, kami ingin siapkan kerja ni seawal mungkin.
Kami bermula dari tingkat bawah dan terus ke atas. Dalam sehari tu, kami berjaya memasang beberapa CCTV di 4 tingkat. Waktu tu pukul 6 petang. Ofis JPJ kelihatan macam dah sunyi. Sebab ramai yang dah pulang ke rumah. Kami berhasrat nak sambung terus buat kerja malam, so kami mintak kebenaran dekat guard tu. Ada seorang ketua guard tu, perempuan, mak cik... Kami pun mintak la kebenaran. Mak Cik Guard tu pun cakap, "saye bukan taknak bagi awak kerja malam2, tapi kat sini kalau waktu malam, dah banyak kali saye nampak 'benda' , saye bukan buat2 cerita, guard-guard yang lain pun selalu nampak".. Kami pun cakap "takpe mak cik tak kisah, lagi pun kami berdua, takde la takut sangat"...
Mak Cik tu pun benarkan kami kerja sampai lewat malam. Kami pun blah dan gelak-gelak. Haris pun cakap "apa la mengarut mak cik tua tu" ..
Kami pun sambung buat kerja di tingkat 5...
Kami bermula dengan menarik kabel.
Haris berdiri di kotak kabel di dalam sebuah bilik networking, dan saye pula tukang tarik kabel sampai lah ke tempatyang nak dipasang CCTV tersebut.
Apabila sampai je di tempat yang sepatutnya, saya pun jerit "woi haris, boleh potong kabel tu"..
Haris tak menyahut panggilan saye. Saye pun keluarkan walkie talkie dalam poket, dan cuba berkomuikasi dengannye. Namun tidak dibalas.
Saye pun akhirnye pergi menuju ke bilik tersebut. Agak jauh jugak la.. Dan rase agak seram, bilik office yang besar ini, dengan meja kerusi, tp sunyi sepi...Kadang-kadang terdengar kertas jatuh, dengar itu ini.. Agak seram jugak la...
Namun saya buat tak tau aje...
Sampai je di bilik si Haris tu tunggu, saye tengok Haris dah takde.
Dalam hati "Cilake punye Haris tinggal aku sorang-sorang"..
Saye pun nak keluar la dari bilik tu, tiba-tiba aku sangat terkejut gile babi sebab Haris betul-betul muncul depan muka aku. "Fuhhh ko ni Haris, ke mana ko pergi? aku jerit tak dengar ke"..
Dia cuma senyap tak berkata apa-apa. Matanye bulat, langsung tiada senyum.
"Apa kene ngan ko ni Haris? Ko dengar tak aku cakap?? Ahh mampus ko lah.. Lepas siap tingkat 5 ni kita balek la.. Aku dah penat.. Sebelum tu Aku nak pi tandas jap.. Ko tunggu sini"
Saye pun pergi la ke tandas, belum sempat aku kencing, walkie talkie aku berbunyi...
"Woii Shahrul, ko ade mane?!.. aku dah ade kat tingkat bawah ni, tapi tak jumpa jalan keluar!" suaranye kedengaran agak cemas.
Dalam hati aku terdetik "kalau Haris ada kat tingkat bawah, siapa yang aku cakap tadi?"
Ahh sudah,...cilaka..aku dah terkena kacau...
Aku pun tutup pintu tandas, kunci!
Aku pun balas walkie talkie, "Haris, ko dah lame ke ada kat bawah?? Tadi aku baru jumpe ko kat bilik network tadi.. Ko jangan main-main Haris tengah-tengah malam bute ni"
Sharul balas "Woi b4bi celaka anjing!! Aku takde mase nak main-main.. Aku pun kene kacau tadi, dah lama aku kat bawah, tapi tak jumpa jalan keluar! Ko turun sekarang! Yang kat bilik network tu bukan aku! "
Aku pun dengan senyap-senyap aku keluar tandas, dan terus berlari ke lif. Aku pun tekan butang turun. Alamak lif plak lambat sampai...
Aku pun masuk turun ikut tangga kecemasan. Sambil aku berlari tu, aku terdengar ade bunyi tapak kaki lain yang turut berlari di tangga kecemasan tu..
Aku pun berhenti berlari seketika, dan memang betul masih terdengar tapak kaki berlari tu.. Aku jerit "Woi!! ko ke tu Haris?!!" Namun tak berbalas... Aku pun apa lagi sambung berlari... Akhirnya sampai jugak kat Ground Floor... Aku mencari-cari jalan keluar...
Dari jauh aku nampak Haris berdiri.... Aku pun pergi la berjalan perlahan menuju Haris.
Tiba-tiba walkie talkie aku berbunyi "Woi Sharul! Ade mane?! Aku kat tempat kereta Hilux JPJ banyak2 ni.. mane ko?"
Ahhh sudah, maknanya orang yang aku nampak tu bukan Haris.. Aku pun berlari arah yang bertentangan mencari tempat yang dimaksudkan Haris, namun aku gagal.
Aku akhirnya termasuk bilik minum air (aku lupa orang putih panggil ape, al maklum aku bukan keje opis)... Dalam bilik tu, oleh kerana ade air, aku minum air seteguk...sempat lagi aku buat kopi secawan...aku pun minum dengan laju...Waktu nak keluar je, Muncul Haris hantu tu.. Wajah pucat lesu, seram dan ada pisau di tangannye... Mula-mula dia berjalan perlahan...Tiba-tiba dia berlari ke arah aku dengan laju..
Aku menjerit "BABI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"
apabila aku tersedar, aku ada di bilik tidur aku...
"fuhh cilake, mimpi rupanya"
Haris pun muncul....
"hah dah sedar dah pun ko,,, wei malam tadi ko pergi mane? puas aku cari ko.. sejam aku cari ko tahu tak? aku call tak angkat, walkie talkie tak balas, sms pun tak balas, apatah lagi wassap, wechat, beetalk, kakao, fb messenger,, semua tak balas"..so aku pun balik la.. aku sorang buat keje memang tak jadi la bro.. ape yang jadi sebenarnye semalam? cuba cerita kat aku"..
aku pun dengan agak kehairanan "hah?? Semalam??? kat JPJ??"
Haris balas "Ye, kat JPJ tu la.. waktu ko tarik kabel tu, lame gile ko tarik, aku pergi la cari ko..aku dah ikut kabel yang ko tarik tu, tapi tak nampak plak ko... aku pun tengok kat tingkap, ko berjalan keluar dari JPJ, tu yang aku call ko tanye ko pergi mane, tapi dah semuanye tak balas, aku balek la sorang-sorang.."
Ternyata bukan MIMPI...ini betul-betul bukan cubaan. Aku pun "Ehh, ko balek? Bukan ke ko pun kena kacau hantu?? Ko tak jumpe jalan keluar?"
Haris "Mana ada la wei.. Ko yang kene kacau.. Mak Guard jumpe ko pengsan dekat kawasan kereta hilux JPJ banyak2 tu"...