Rayani Air Dedah Punca Penerbangan Dibatalkan
Rayani Air Dedah Punca Penerbangan Dibatalkan
Syarikat penerbangan Rayani Air meminta maaf kepada penumpangnya setelah pembatalan penerbangan dari Langkawi yang menjadi viral hari ini.
Terdahulu lebih 200 penumpang pesawat Rayani Air dilapor terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi selepas penerbangan mereka dibatalkan.
Penerbangan RN180 yang menggunakan pesawat Boeing 737 itu tidak dibenarkan berlepas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pukul 11.10 pagi.
CEO Rayani Air, Ravi Alagendrran telah mendedahkan punca sebenar pembatalan penerbangan tersebut.
Beliau berkata pembatalan itu bukan disebabkan masalah teknikal, sebaliknya pihaknya mendapati cermin kokpit pada pesawat itu telah retak selepas penerbangan semalam.
Ini kenyataan darinya:
"Kami sedang menyiasat sama ada ia adalah satu tindakan sabotaj atau tidak.
"Kami akan bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan untuk mengangani perkara ini,"
"Kami memohon maaf dan berharap penumpang kami memahami keadaan,"
Kata CEO Rayani Air ini lagi, mereka yang memerlukan bayaran balik tiket penerbangan diminta menghubungi nombor talian syarikat itu.
Sumber: MalaysiaKini