Cara Unik Cikgu Ini Mengajar Bahasa Inggeris Dipuji (19 Gambar)
Cara Kreatif Nak Bagi Anak Murid Minat Mata Pelajaran Bahasa Inggeris | Salam semua. Saya sepatutnya mengajar anak-anak murid saya membaca hari ini. Tetapi selepas memeriksa ujian progresif murid-murid, saya membuat keputusan hari ini saya akan mengajar mereka bagaimana membina ayat mudah dengan menggunakan perkataan yang disediakan.
Perkongsian ini dipetik menerusi Facebook Little Chuckee.
Sila lihat semua gambar-gambar ini. Tulis pandangan anda di ruangan komen.
1. Saya membuat satu mesin basuh dari sebuah kotak terpakai. Saya usahakan sepanjang malam, namun ia amat berbaloi. Alhamdulillah.
2. Di dalam kelas, saya gantungkan sarung kaki. Cukup untuk setiap murid yang ada. Di belakang setiap sarung kaki tersebut, terdapat dua perkataan iaitu kata kerja dan kata nama.
3. Bagi peringkat awal, saya hanya sekadar menunjukkan bagaimana cara menggunakan mesin basuh. Dalam masa yang sama, saya memperkenalkan perkataan-perkataan baru seperti rinse (bilas), detergent (bahan pencuci), spin dan lain-lain.
Sementara mesin basuh sedang mencuci pakaian kami, letakkan siku anda di atas mesin dan goncangkan badan anda. Hahaha!
4. Peringkat penyampaian, saya mengajar mereka bagaimana membina ayat yang mudah.
5. Peringkat amali, setiap seorang murid perlu memilih sarung kaki tersebut dan membina ayat dengan menggunakan dua perkataan. Guru perlu menyemak ayat murid seorang demi seorang.
6. Peringkat seterusnya, apabila murid-murid berjaya membina ayat tanpa sebarang kesilapan, guru akan meminta murid-murid mengambil sekeping 'baju' di dalam mesin basuh dan tulis ayat yang ada. Mereka juga perlu menghiasi baju mereka.
7. Selepas itu, guru akan meminta murid berhenti dan menggantung baju mereka. Guru akan membimbing murid membaca bersama dan memilih baju yang paling menarik dan cantik di antara pilihan yang ada. Pembetulan juga boleh dibuat pada sesi ini.
8. Sebagai penutup, saya mengajar mereka cara yang betul untuk mematikan mesin basuh.
"Pastikan tangan kita kering semasa mematikan suis mesin basuh. Jika tidak, anda akan terkena renjatan elektrik dan lain-lain,"
9. Untuk prosiding pengajaran, saya bawa mesin laminator ke kelas, laminate semua 'baju' tadi dan gantung kesemuanya di dalam kelas.
(Baca: Cara Unik Menerapkan Budaya Membaca Dalam Kelas Dengan Simulasi Penyiasatan)