Isu Yuna Dibayar RM80,000 Untuk Satu Lagu

Yuna Dibayar RM80,000 Untuk Nyanyi Satu Lagu? | "Nyanyi dengan suara malas camtu pun boleh dapat RM80,000? Biar betul?!" demikianlah pandangan yang dilontarkan oleh seorang forumer di mForum Cari. 

Menurut forumer Cabai99, dia terkejut bilamana mendapat tahu penyanyi Yuna menerima bayaran RM80,000 untuk nyanyikan sebuah lagu. 

Isu Yuna Dibayar RM80,000 Untuk Satu Lagu

"Terperanjat saya dengar payment yang Yuna dapat. Satu lagu dia dapat RM80,000! Dengan 'suara pemalas' itu? Pada saya, tak berbaloi langsung harga dengan suara begitu. 

"Shila Hamzah pula saya dengar dapat RM50,000 untuk satu lagu. Tetapi sekurang-kurangnya dia femes juga di China. Yang Yuna ini, macam suam-suam kuku saja," katanya. 

Namun, forumer yang lain menjelaskan bahawa cara nyanyian Yuna itu bukan suara malas, tetapi attitude dalam nyanyian. 

Yuna Dibayar RM80,000 Untuk Nyanyi Satu Lagu?

"The fact yang dia dapat RM80,000 untuk satu lagu itu membuktikan bahawa dia bukan suam-suam kuku. Dia dah collab dengan Pharrel dan berduet dengan Usher. Belum ada lagi artis Malaysia yang mencapai tahap itu. 

"Memanglah dia tidak sepopular Rihanna, tetapi dia dah break the market di tahap ramai penyanyi-penyanyi dari US sendiri pun hanya mampu bermimpi saja nak buat," kata forumer Santeira. 


Sesetengah pula berpandangan bahawa, biarpun gaya 'malas' menyanyikan lagu, namun liriknya yang begitu puitis menjadi tarikan pada pendengarnya. Mungkin lirik sebegitu tidak mendapat 'tempat' di Malaysia, namun ia berjaya menawan hati golongan pendengar dari negara US atau Europe. 

Apa-apa pun, sudah tertulis itu semua ada rezeki Yuna dan berbaloi dengan hasil usahanya selama ini. 

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel