Sedar Dalam Kegelapan - di Perak
Di satu kampung di negeri Perak, seorang pemuda yang berumur 24 tahun, namanya Meor.
Meor adalah seorang yang sangat pendiam. Walaupun pendiam, Meor mempunyai banyak kemahiran dan pantas berfikir. Meor bukan sahaja terkenal dengan akademiknya yang cemerlang, bahkan Meor juga banyak kali telah mengharumkan nama sekolahnya dengan sukan bola sepak. Meor seorang yang suka mencipta persoalan dalam mindanya dan mencari jawapan kepada persoalan yang diciptanya. Sebab itu waktu sekolah dahulu, Meor sangat terkenal dengan matapelajaran Matematik. Ada yang sampai memanggilnya Genius Math.
Meor tersangat pendiam sehinggakan sangat susah untuk mendengar satu perkataan pun dari mulutnya. Meor akan mula berbicara sekiranya ada hal penting untuk dibicarakan seperti mengenai pelajaran ataupun kokurikulum di sekolah. Oleh kerana ciri-ciri uniknya itu, ramai wanita tertarik dengan Meor. Ramai wanita cuba menggoda Meor, namun, sehingga sekarang, Meor belom ada teman wanita.
Itu cerita lama..
Sekarang Meor berumur 24 tahun...
Meor buat apa sekarang? Mesti dah kerja kan? Mesti dah kaya sekarang ni?
Tidak...Meor tidak bekerja...
Tidak...Meor tidak bekerja...
Selepas tamat SPM, Meor buat keputusan taknak sambung belajar walaupun telah mendapat tawaran belajar di Jepun kursus Mechatronis Engineering. Ibubapanya banyak kali memarahi Meor kerana Meor telah mensia-siakan kebolehan yang dia ada. Namun, Meor tetap dengan keputusannya.
Meor pernah bekerja sebagai seorang designer website. Namun 3 bulan selepas itu, Meor dibuang kerja kerana Meor terlalu pendiam sehingga tidak mampu bekerjasama dengan orang lain.
Sejak dibuang kerja, Meor dapat satu hobi baru.. Oleh kerana Meor adalah seorang yang suka berfikir, suka mencari persoalan dan menjawab persoalannya sendiri, suatu hari, di kampungnya, berlaku banyak kes kecurian. Meor cuba mencari siapa pencurinya. Dipendekkan cerita, Meor berjaya menangkap pencuri tersebut dan penduduk kampung sangat gembira dengan kehebatan Meor mencari si pencuri tersebut.
Dipendekkan cerita lagi, Meor banyak menyelesaikan masalah-masalah di kampung itu sehinggakan ada yang sanggup bayar pada Meor untuk selesaikan suatu masalah.
Ok...kisah serammmmmm yang ingin diceritakan bermula ....................
Suatu hari, seorang makcik namanya Mak Bedah. Mak Bedah dan si suaminya ni duduk di hujung kampung. Di hujung kampung tu pulak, mereka berdua je tinggal di situ.
Mak Bedah menceritakan masalahnya pada Meor. Mak Bedah mengadu si suaminya iaitu Pak Me'ong selalu saje takde di rumah sejak akhir-akhir ni. pukul 6 pagi dia keluar, dan pukul 3 pagi baru pulang ke rumah.
Kadang-kadang selepas dia pulang, bau busuk macam bangkai. Mak Bedah mengatakan Pak Me'ong juga kebelakangan ni jadi seorang yang pendiam dan pelik. Tak tahu la Pak Me'ong tu buat apa keluar tiap-tiap hari. Nak kata cari duit, diaorang takde la hidup susah. Sebab kelima-lima anak diorang semua bekerja hebat-hebat dan semuanya selalu kirim wang pada diorang. So, Mak Bedah cuma mahu Meor siasat apa yang Pak Me'ong buat dan report pada Mak Bedah.
So,,
Meor pulang ke rumah....
Meor tidur awal
Meor tidur awal
untuk bangun sebelom subuh....
Entah kenapa malam tu Meor rasa panas lain macam....
Padahal di kampung banyak pokok-pokok dan tak sepatutnya panas macam tu..
Meor lihat jam di dinding, sudah menunjukkan pukul 2 pagi, dan Meor masih tak dapat tidur...
Meor pergi ke tingkap, dan buke tingkap luas-luas, angin dari luar dengan lajunya meniup masuk ke dalam bilik Meor.....
angin malam tu juga tersangat lain macam kuatnya...macam nak hujan, tapi tak hujan...entoh le...
Meor pun kembali ke katil...dan cuba tidur...
Meor pejam mata,
Makin lama, minda Meor makin ke dalam, ke dalam dan ke dalam.......
Hampir sahaja terlelap, Meor terdengar bunyi hentakan yang sangat kuat betol-betol di depan wajahnya....
Meor pun dengan pantas membuka matanya, namun.......
apa yang dilihat,
hanyalah KEGELAPAN...
Meor tak nampak apa-apa pun....
Meor meraba-raba di sekelilingnya,dan lebih mengejutkan lagi, Meor seolah-olah berada di dalam kotak yang sangat sempit,
Meor tak boleh bangun, tak boleh mengiring ke kanan ke kiri, Meor langsung tak dapat bergerak, dek kerana ruang yang sangat sempit...seolah-olah Meor berada di dalam keranda.. Meor sangat ketakutan waktu tu...Meor menjerit cuba minta pertolongan.... Makin lama, Meor merasa sukar untuk bernafas..
Akhirnya Meor cuba tenangkan diri....Meor diamkan diri...Meor pejam mata dan Meor cuba fokus pendengaran pada keadaan sekeliling.
Meor langsung tak dengar apa-apa.. Segalanya senyap, segalanya gelap..
Setengah jam Meor di dalam kegelapan, Meor berharap supaya Meor terus pengsan atau mati je, namun Meor tetap lagi masih hidop, masih boleh bernafas dalam kegelapan tu...
Kira-kira dalam sejam Meor masih berada dalam kegelapan itu, Meor menitiskan air mata.. Dan akhirnya Meor menjerit sekuat hati macam orang gila...
Beberapa saat selepas itu, Meor kembali sedar dan di depannya kelihatan Pak Abu si penggali kubur sedang memerhati wajah Meor dengan kehairanan.
"Meor,,, Meor,, kamu ok ?? ", tanya Pak Abu pada aku..
Meor pun pantas bangun dan kelihatan di sekelilingnya adalah kubur...
"Pak Abu, apa dah jadi ni?", tanya Meor pada Pak Abu....
"Pak Abu dengar suara orang menjerit dari kubur kamu. Itu yang Pak Abu gali balik kubur kamu ni. Subhanallah kamu masih hidup rupanya, Meor....tapi kamu dah meninggal pagi tadi pukul 3 pagi..Orang kampung ramai dah tengok kamu dan memang sah kamu dah meninggal..muka kamu pucat, kamu tak bernafas.." kata Pak Abu...
"Tak. Saya tak meninggal... Pak Abu, tolong jangan bagitahu siapa-siapa mengenai hal ini.. Biar semua orang fikir saya mati. Tolong Pak Abu..", kata Meor..
"err tapi kenapa ni? cuba cerita pada Pak Abu", kata Pak Abu....
"Tak boleh, Pak Abu.. Yang pasti, ada orang buat pada saya, Pak Abu. Saya tahu. Saya tak main-main. Saya harap Pak Abu jangan bagitahu pada siapa-siapa walau seorang pun.. Saya akan cerita semuanya selepas masalah ni selesai", kata Meor..
Pak Abu balas "Iye iye baiklah"...
Meor terus bangun dan kambus balek tanah yang digali Pak Abu sehingga tanah itu kelihatan seperti kubur yang biasa.
Meor dengan pantas pergi dan dengan senyap-senyap keluar dari kampung tu..
Di luar kampung, dalam masa tak sampai sehari, Meor berjaya mendapat kerja sebagai cashier di sebuah kedai runcit yang agak besar la. Dengan gaji mingguan sebanyak RM300, Meor yakin boleh hidup sorang-sorang di pekan itu.
Meor mengambil keputusan untuk teruskan dulu hidup di pekan itu untuk beberapa bulan sebelum menyambung menyiasat apa yang berlaku pada dirinya. Meor cuma ingin pastikan orang ramai (paling penting Pak Me'ong) yakin bahawanya dirinya dah meninggal.
So dipendekkan cerita selepas 4 bulan hidup di pekan itu, Meor mengambil keputusan untuk sambung siasat hal ini....
Pukul 11 pagi, Meor telefon Mak Bedah,
"Tak ku menduga kau berlalu pergi..", kedengaran bunyi Caller Ringtone Mak Bedah...
"Hello,,siapa bercakap?", tanya Mak Bedah...
"Mak Bedah, tolong datang ke pekan sekarang juga. Saya ada hal yang sangat penting nak bagitahu Mak Bedah", kata Meor..
"Hah? Ini siapa bercakap?", tanya Mak Bedah lagi....
"tuuuuuuuuuuuuuutttt", bunyi sambungan terputus..
Meor terus letak kerana Meor taknak Mak Bedah tahu dirinya yang call kerana bimbang Pak Me'ong dapat tahu...
Sejam selepas itu, kelihatan Mak Bedah sudah berada di pekan di tepi jalan....
Meor pun terus bergegas pergi mendapatkan Mak Bedah dan terus menariknya ke tempat yang tersorok di belakang-belakang kedai...
"Mak Bedah, apa dah jadi pada saya, Mak Bedah?", tanya Meor...
"Ehh Meor, alhamdulillah kamu masih hidop.. Tapi bukan kamu dah ditanam?", kata Mak Bedah..
"Saya rasa ini mesti kerja Pak Me'ong...Mungkin dia dengar apa yang Mak Bedah suruh saya buat", kata Meor...
"Ohh ok..ok", Mak Bedah tak mampu berkata-kata kerana terlalu terkejut...
Dalam beberapa minit, kelihatan Pak Me'ong juga turut berada di pekan tersebut..
Kelihatannya seperti mencari seseorang...
"Mak Bedah,, kat sana,, Pak Me'ong....Pak Me'ong ikut Mak Bedah? ", tanya Meor...
"Err Mak Bedah tak tahu, Meor", kata Mak Bedah... Boleh lihat pada raut wajah Mak Bedah yang sememangnya tak tahu apa yang berlaku pada suaminya.
Meor berfikir dalam benaknya bahawa Pak Me'ong tahu Mak Bedah menerima panggilan telefon...
Tapi Pak Me'ong keluar rumah dari pukul 6 pagi...pukul 2 pagi baru pulang...bagaimana pula Pak Me'ong tahu Mak Bedah terima panggilan?..
"Mak Bedah, Mak Bedah pergi jumpa Pak Me'ong dan kalau dia tanya buat apa, cakap Mak Bedah jumpa kawan", kata Meor sambil melekatkan microphone kecilnya (atau dikenali spy microphone) pada baju Mak Bedah....
Mak Bedah terus pada suaminya....
Meor hidupkan receivernya untuk dengar perbualan mereka...
"iiiittttttttttttt...shhh", bunyi receiver yang dihidupkan...
"Bedah, kamu pi mana sorang-sorang ke pekan ni", tanya Pak Me'ong dengan nada yang agak tinggi..
"Ohh, member lama call tadi, dia ajak jumpa, sambil tu saya pergi la jalan-jalan tengok barang.. ni pun belom beli lagi barang ni ha", kata Mak Bedah...
"Ohh, kalau macam tu, saya balek dulu", kata Pak Me'ong...
Sebaik sahaja Pak Me'ong berlalu, Mak Bedah terus datang kembali pada Meor..
"Mak Bedah, boleh tak cerita segala apa atau benda-benda rahsia yang berkaitan dengan Pak Me'ong?", tanya Meor..
Mak Bedah pun terus menceritakan segalanya....
Dan apa yang menarik pada Meor adalah, "Pak Me'ong ada satu bilik di bawah rumah, entah kenapa dia selalu aje kunci pintu bilik tu, tapi tak mungkin la Pak Me'ong duduk di bilik tu sepanjang hari, sebab bilik tu kecik je. Mak Bedah pun taknak la usik barangan dia. Kan marah orang tua tu nanti", kata Mak Bedah....
Selesaai sahaja cerita segalanya,
"ok terima kasih Mak Bedah...Jumpa lain kali", kata Meor..
"Mak Bedah, tolong rahsiakan pasal saya ni", tambah Meor....
"Baiklah", kata Mak Bedah sambil berlalu pergi.
Meor pun terus pulang ke bilik sewanya di pekan tersebut....
Meor memulakan siasatannya dengan sebuah buku notanya....
Meor mencatat segala hint-hint penting...
- Keluar pukul 6 pagi, pulang pukul 2 pagi...
- Dengar perbualan Mak Bedah di rumah
- Bilik kecil rahsia bawah rumah
So, apa yang terlintas di benak fikiran Meor,,,, Meor ingin ke bilik kecil rahsia tersebut...
tapi bagaimana caranya?
Meor terus berfikir...berfikir dan berfikir ....
Akhirnya Meor terlelap.....
Beberapa jam selepas itu, Meor terjaga....
Jam di telefonnya menunjukkan pukul 3 pagi...
Meor yakin, Pak Me'ong pasti sudah tidur sekarang..
Meor pun dengan pantas keluar rumah dan mengambil basikalnya pulang ke kampung.
Meor terus sahaja menuju ke rumah Mak Bedah...
Oleh kerana rumah Mak Bedah berada di hujung kampung, dan hanya rumah itu sahaja yang ada di situ, suasana di sana agak gelap dan menyeramkan....
Namun, Meor memberanikan diri....
Tidak lama selepas itu, Meor sampai di rumah Mak Bedah, namun Meor tidak mendekati rumah tersebut....
Dari jauh Meor memerhati di bawah rumah Mak Bedah tersebut dengan menggunakan binokular dengan night vision...
So, dari jauh, Meor boleh lihat...Dengan bantuan nightvision, Meor boleh lihat dengan agak jelas bilik kecil yang dikatakan Mak Bedah itu....
Meor terus memerhati ...
perhati....dan terus perhati.....
dalam beberapa seketika, muncul suatu lembaga kelihatan seperti seorang perempuan merangkak ....
Lembaga itu kelihatan sedang melihat Meor...
Meor , apa lagi,, tersangat terkejut....
Meor terjatuh ke belakang... Binokular nya juga terjatuh ke tanah.. Meor berasa agak panik...Namun Meor tetap memberanikan diri..
Meor meraba-raba mencari binokularnya..sebaiknya Meor gapai binokularnya, Meor letak kembali binokularnya pada matanya..Kelihatan lembaga itu sudah tiada di bawah rumah tu...
Dalam beberapa saat, kelihatan pintu rumah Mak Bedah terbuka...dan munculnya Pak Me'ong...
Pak Me'ong keluar dengan agak pantas dengan sebilah parang ditangannya..
Kelihatan seperti Pak Me'ong mencari seseorang...
Adakah dia sedar dengan kehadiran Meor?
Pergerakan Pak Me'ong kelihatan agak pantas menuju ke arah Meor...
Mungkin Pak Me'ong tidak suka dengan kehadiran seseorang di rumahnya....
Meor secara perlahan-lahan terus blah dari sana...
Jam di telefonnya menunjukkan pukul 3 pagi...
Meor yakin, Pak Me'ong pasti sudah tidur sekarang..
Meor pun dengan pantas keluar rumah dan mengambil basikalnya pulang ke kampung.
Meor terus sahaja menuju ke rumah Mak Bedah...
Oleh kerana rumah Mak Bedah berada di hujung kampung, dan hanya rumah itu sahaja yang ada di situ, suasana di sana agak gelap dan menyeramkan....
Namun, Meor memberanikan diri....
Tidak lama selepas itu, Meor sampai di rumah Mak Bedah, namun Meor tidak mendekati rumah tersebut....
Dari jauh Meor memerhati di bawah rumah Mak Bedah tersebut dengan menggunakan binokular dengan night vision...
So, dari jauh, Meor boleh lihat...Dengan bantuan nightvision, Meor boleh lihat dengan agak jelas bilik kecil yang dikatakan Mak Bedah itu....
Meor terus memerhati ...
perhati....dan terus perhati.....
dalam beberapa seketika, muncul suatu lembaga kelihatan seperti seorang perempuan merangkak ....
Lembaga itu kelihatan sedang melihat Meor...
Meor , apa lagi,, tersangat terkejut....
Meor terjatuh ke belakang... Binokular nya juga terjatuh ke tanah.. Meor berasa agak panik...Namun Meor tetap memberanikan diri..
Meor meraba-raba mencari binokularnya..sebaiknya Meor gapai binokularnya, Meor letak kembali binokularnya pada matanya..Kelihatan lembaga itu sudah tiada di bawah rumah tu...
Dalam beberapa saat, kelihatan pintu rumah Mak Bedah terbuka...dan munculnya Pak Me'ong...
Pak Me'ong keluar dengan agak pantas dengan sebilah parang ditangannya..
Kelihatan seperti Pak Me'ong mencari seseorang...
Adakah dia sedar dengan kehadiran Meor?
Pergerakan Pak Me'ong kelihatan agak pantas menuju ke arah Meor...
Mungkin Pak Me'ong tidak suka dengan kehadiran seseorang di rumahnya....
Meor secara perlahan-lahan terus blah dari sana...