Air Segelas Jadi Mas Kahwin

Bermula dengan  video pengantin lelaki ditumbuk gara-gara wang hantaran tidak cukup, menyusul pula isu �suami setengah jam�, dan terbaru, seorang lelaki berkahwin dengan wang hantaran tidak sampai RM 1000 antara topik hangat yang dibualkan oleh orang ramai sekarang.

Memandangkan, isu wang hantaran sedang menjadi �trend� di media sosial sekarang, lain pula kisah di negara seberang, Indonesia dimana mas kahwin bagi pihak lelaki terhadap pengantin perempuan hanya segelas air sahaja. Tiada kekecohan yang timbul, mas kahwin segelas air itu merupakan persetujuan daripada kedua belah pihak lapor Era.fm.

Air Segelas Jadi Mas Kahwin

Menerusi Facebook milik Purwanto, beliau memuat naik sekeping foto dengan berkapsyen �Pernikahan Hari & Rohani dengan mahar segelas air minum. Langsung diminum maharnya...Semoga menjadi keluarga yang bahagia� 

Menurut Purwanto lagi, pengantin lelaki itu merupakan pegawai agama dan ramai netizen tidak menyangka perkahwinan mereka berjaya dilangsungkan dengan mas kahwin berbentuk segelas air sahaja.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel