Anuar Faizal Perjelas Isu Baju Raya Moden �Shirtless� 2016

Pereka fesyen, Anuar Faizal hari ini tampil menjelaskan tentang kontroversi rekaan baju rayanya yang teruk dikritik netizen di media sosial.

Menurut Anuar, tujuan peraga pakaian tersebut tidak memakai berbaju dan hanya memakai samping atau berseluar adalah bagi menunjukkan kepada penonton rekaan kedua-duanya itu dengan lebih jelas.

Menurut Anuar, samping berwarna mustard yang dikritik orang ramai itu akan dijual satu set bersama baju dan seluar, bukannya hanya bersamping di pagi raya.

Anuar Faizal Perjelas Isu Baju Raya Moden �Shirtless� 2016

�Tujuan model tidak berbaju adalah untuk menunjukkan rekaan �instant sampin� supaya pembeli di luar sana dapat mengetahui bagaimana samping ini berfungsi.

�Gambar (hanya) berseluar adalah untuk menunjukkan rekaan seluar kami yang �slimfit�, lengkap bersama dua poket di kiri dan kanan serta menggunakan getah di belakang agar memudahkan pergerakan sewaktu solat.

�Ini adalah kerana bila dipakaikan dalam set lengkap, ramai pembeli beranggapan seluar kami tidak fleksibel untuk solat di pagi Aidilfitri,� katanya kepada Sinar Online.

Sebelum ini, kecoh di media sosial mengkritik majlis �An EIDvening with ANUARFAIZAL: Unveiling the Eid Collection for Men� yang berlangsung malam tadi apabila ada peraga pakaian tersebut hanya berseluar atau bersampin.

Mengulas lanjut, beliau akui menghargai segala respons yang diberikan netizen terhadap rekaannya itu.

�Saya bersyukur ramai netizen di luar sana yang matang dan dapat menilai perkara ini dari sudut yang positif.

�Untuk berdaya saing maju di peringkat global, saya rasa pemikiran di tahap lama perlu diubah dan  dinaiktarafkan agar pereka tempatan dapat menempa tempat di persada antarabangsa,� katanya.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel