Benarkah Ummi Nazeera Berhijrah Kerana Aeril Zafrel?
SEJAK berita perkahwinan mereka didedahkan sebulan lalu, nama Aeril Zafrel dan Wawa Zainal terus menjadi perhatian media.
Kontroversi demi kontroversi antaranya, Wawa yang didakwa masih tunangan orang ketika berkahwin dengan Aeril, kisah dipanggil Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), isu Wawa buka tudung dan kini Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari, 25, dikait kontroversi apabila dikatakan bernikah dengan Ummi Nazeera sebelum ini.
Laporan akhbar menyebut, Aeril dan Ummi sedang menyulam kasih, dan pelakon itu kerap muncul di set penggambaran �Penanggal� dipercayai bertemu Ummi.
Hubungan terjalin antara Aeril dan Ummi kononnya telah diikat secara sah apabila sumber mendakwa mereka mengambil keputusan untuk bernikah. Ini juga dikatakan antara punca penghijrahan Ummi.
Menerusi sebuah laporan, artis wanita itu dikatakan �sangat kecewa� setelah mendapat tahu Aeril menikahi Wawa.
Biarpun telah memberi kenyataan menerusi laman mikro Twitter, bahawa laporan tersebut adalah fitnah, Aeril tidak keberatan untuk memberi kenyataan lanjut tatkala dihubungi Zass.
"Sejak semalam (kelmarin) saya dan Wawa hanya ketawa bila pengikut di Twitter tanya kami mengenai kesahihan laporan itu.
"Sehingga saat ini saya rasa nak ketawa kerana saya sendiri tidak pernah berjumpa Ummi, apatah lagi ke set penggambaran dan menjadi penyebab Ummi berhijrah.
"Sepatutnya penulis tersebut perlu menghormati perasaan Ummi kerana berhijrah adalah haknya dan penghijrahan tidak semestinya kerana seorang manusia. Penghijrahan itu lebih kepada tanggungjawab sebagai seorang Islam," katanya yang mengakui pelik apabila namanya masih dijadikan bahan gosip pada setiap minggu.
Ditanya adakah dia mengenali Ummi atau pernah bertegur sapa sebelum ini, Aeril berkata : "Saya mengenalinya sebagai seorang pelakon dan saya akui suka dengan lakonannya.
"Saya pernah lihat lakonannya menerusi trailer Penanggal dan suka dengan hasil kerja Elly Suriati itu. Tidak salahkan jika saya suka dengan lakonannya?" ujarnya sebelum mengakhiri perbualan.
Ummi berang?
Sementara itu, pelakon yang terkenal menerusi drama Nur Kasih, Ummi Nazeera turut mengeluarkan kenyataan menerusi laman Twitter pada hari sama, kelmarin dan menegaskan tidak berhijrah kerana pelakon lelaki itu.
�Saya tidak berjumpa dengan Aeril secara dekat. Kedua, saya tidak pernah berkahwin dan tidak pernah mempunyai hubungan dengannya atau keluar bersamanya. Sila pastikan fakta anda betul," tegasnya.
Ummi juga turut menyifatkan artikel tersebut sebagai tidak menghormati diri dan keluarganya.
Dia yang kini sudah bertudung turut menegaskan tidak perlu menunggu sebuah perkahwinan atau seseorang lelaki ketika mengambil keputusan berhijrah seperti dirinya sekarang.