Bukti Koleksi Tudung Fareeda yang Diviralkan Adalah Tudung Lama

Rupanya tudung koleksi terbaharu yang dikeluarkan syarikat tudung terkenal, Fareeda adalah fesyen tudung lama.

Itulah pendedahan daripada netizen yang membuktikan mereka juga memiliki tudung dengan corak yang sama tapi dibeli di tempat lain.

Syarikat Fareeda sebelum ini mengundang kontroversi apabila pemilik syarikat terbabit, Mawar Karim dan Suaminya dilihat seperti sengaja mencetuskan suasana yang kecoh di luar premis berkenaan.

Ada juga yang mengatakan itu merupakan strategi pemasaran bagi meningkatkan lagi bilangan pelanggan.


Bukti Koleksi Tudung Fareeda yang Diviralkan Adalah Tudung Lama

Namun, video pelanggan 'mengganas' berebut koleksi tudung terbaharu Fareeda itu ditegur oleh Wardina di mana Wardina menyifatkan Fareeda melayan pelanggan seperti melayan haiwan.


Tidak habis di situ, pendakwah yang juga selebriti realiti TV, Da'i Musim Kedua turut tampil meluahkan pendapatnya mengenai isu itu.


Terbaharu, netizen dari seantero Malaya khususnya peminat tudung pula tampil mendedahkan koleksi terbaru Fareeda itu sebenarnya tudung lama.

Ikuti pendedahan mereka.

"Baru perasan latest collection scarf dia ni sama dengan yang viral tu.."

�Baru Perasan Koleksi Tudung Fareeda yang Terbaru tu Sama Dengan Tudung Dua Tahun Lepas�

"Corak terbaru tudung Fareeda sama dengan corak 2 tahun lepas"

Fesyen Terbaru Tudung Fareeda Adalah Fesyen Tudung Lama

"Maybe I boleh korek semula almari cari shawl ni?"

Fesyen Terbaru Tudung Fareeda Adalah Fesyen Tudung Lama

Koleksi Terbaru Tudung Fareeda Adalah Fesyen Tudung Lama

"Beli tudung ni 2 tahun lepas.."

Tudung Fareeda Terbaru Adalah Fesyen Tudung Lama

Tudung Fareeda Terbaru Adalah Fesyen Tudung Lama

Sehingga kini, Fareeda masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai isu ini. Untuk pengetahuan anda, mungkin corak tudung adalah sama, namun material yang menentukan harganya. Boleh jadi juga, Fareeda mungkin mahu menghabiskan stok 'lama' tudung itu.

Namun, apa yang lagi menghangatkan keadaan adalah sikap kurang ajar dan keangkuhan pihak pengurusan media sosial Tudung Fareeda yang disifatkan riak dan takabbur oleh netizen.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel