Bunuh Diri Selepas Dengar Lagu Ed Sheeran
SEORANG wanita dikenali sebagai Jade Rees yang ada seorang anak lelaki telah mengalami kekecewaan selepas dia mengambil keputusan untuk berpisah dengan teman lelakinya.
Mereka berdua sebelum itu telah menjalinkan perhubungan selama lima bulan.
Jade, 21; merupakan seorang ibu tunggal mengambil keputusan untuk membunuh diri selepas hubungan dengan teman lelakinya berakhir dan dipercayai lelaki terbabit telah mempunyai pasangan baharu.
Jade Rees |
Tindakan wanita ini bertindak sedemikian setelah mendengar lagu nyanyian penyanyi berusia 25 tahun, Ed Sheeran yang berjudul �Small Bump�.
Lagu berkenaan mengisahkan tentang seorang kawan yang telah mengalami keguguran.
Ed Sheeran |
Menurut portal The Sun, keputusan yang dibuat untuk berpisah dengan teman lelakinya menyebabkan dia mengalami masalah kemurungan dan kesedihan sehingga bertindak untuk membunuh diri selepas mendengar lagu berkenaan menerusi telefon miliknya.
Jade yang sebelum ini pernah didiagnosis mengalami masalah pemakanan atau aneroxia dan bertarung dengan kemurungan semenjak berusia 14 tahun, menurut laporan dari Hospital Royal Oldham, Lancashire, England.
Sebelum kejadian, Jade sempat menulis nota untuk kedua-dua ibu bapa dan anak lelakinya yang berusia dua tahun, menjelaskan betapa perit apa yang dialaminya selepas proses pengguguran itu.
Dalam salah satu nota yang ditinggalkan tertera: �Dia begitu bermakna bagi saya.�
Mayat Jade ditemui oleh ibunya, Anne keesokan paginya pada pukul 10.30 pagi.