Cara Orang China Berniaga Susu Kambing Segar
Dengan populasi melebihi 1.357 billion orang penduduk, sudah pastinya China mempunyai pelbagai cerita-cerita unik yang hanya boleh dijumpai di negara ini.
Baru-baru ini, cerita mengenai sepasang usahawan muda telah menjadi viral di media sosial antarabangsa apabila mereka memerah susu dari empat ekor kambing di tepi sebuah jalan Xi�an di China.
Apa yang menariknya, susu kambing yang mereka jual benar-benar segar dan diperah di depan pelanggan.