Dalang Disebalik Cubaan Membunuh Komando Sungai Udang Tersebar
Melaka: Seorang lelaki dipercayai anggota komando berpangkat koperal dari Rejimen 11 Gerak Khas Kem Sungai Udang, di sini, ditemui dengan tangan kanan bergari pada kaki kiri dan hampir lemas dalam Sungai Timun, Negeri Sembilan, pagi tadi.
Lelaki itu ditemui dalam sungai terbabit dalam keadaan tangan kanan bergari pada kaki kiri serta mukanya mengalami kecederaan teruk lapor Harian Metro.
(Terbaharu: Punca Sebenar Cubaan Bunuh Anggota Komando Sungai Udang Pula Tersebar)
(Terbaharu: Punca Sebenar Cubaan Bunuh Anggota Komando Sungai Udang Pula Tersebar)
Difahamkan mangsa bernasib baik kerana ditemui penduduk kampung sebelum lemas dalam sungai dan berjaya diselamatkan sebelum menghubungi polis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata, pihaknya ada menerima maklumat mengenai kejadian itu.
Terbaharu, tersebar di media sosial dalang disebalik cubaan membunuh Komando Sungai Udang. Menurut mesej yang tersebar di WhatsApp itu, dalang disebalik cubaan membunuh Komando Sungai Udang itu merupakan seorang berpangkat Ayahanda.
Ahli jemaah diminta untuk melaporkan segera kes tersebut kepada polis sekiranya terserempak dengan suspek terbabit. Dilaporkan lagi, suspek kini sedang melarikan diri.
Butir-butir maklumat suspek:
Nama: Zali Parang
Gelaran: Tok ayah