Detik Cemas 50 Pelajar Histeria Ternampak Pocong dan Pontianak

KOTA BHARU - 50 pelajar perempuan dan guru sebuah sekolah menengah di daerah ini diserang histeria. 

Lapor mStar Online, kebanyakan pelajar tidak menghadiri sesi pembelajaran kerana pelajar sekolah tersebut diserang histeria sejak Isnin lalu. 

"Ia berlaku setiap hari, malah ada guru perempuan juga yang terkena histeria menyebabkan kami tidak dapat belajar," kata seorang pelajar tingkatan tiga. 

Detik Cemas 50 Pelajar Histeria Ternampak Pocong dan Pontianak

Difahamkan sebelum kejadian histeria itu berlaku, beberapa pelajar mendakwa ternampak makhluk halus yang didakwa pocong di sebuah kelas kosong, menyebabkan pelajar terbabit rebah dan meracau sebelum berjangkit pada pelajar yang lain. 

Menurut pelajar yang kerasukan ini mendakwa, mereka ternampak lembaga seperti pocong dan pontianak di beberapa kawasa sekolah seperti di kelas kosong dan tandas. 

Ekoran itu, pihak sekolah tersebut telah membuat bacaan ayat suci al-Quran dan doa sebagai ikhtiar menyelesaikan masalah itu. 

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel