'Terberanak' di Rumah, Wanita Kongsi Detik Cemas
Inilah miracle baby kami, ORKED AZALEA yang lahir di rumah dan disambut oleh saya sendiri. Post ini langsung tidak menggalakkan homebirth, ianya berlaku secara tidak disengajakan. Please jangan ada rasa sifat ingin mencuba apatah lagi menjadikan inspirasi. Jadikan pengajaran buat kita semua.
19 April 2016
8am - Macam biasa, time husband pergi kerja. Lepas dah salam cium tangan husband, dah babaibabai dia, lepak baring sambil reply Whatsapp customer THELILYCIOUS.
11am - Terlelap semula sementara nak tunggu Lily Yasmin (anak sulung berusia 2 tahun 5 bulan) bangun. Memang 3rd trimester banyak tidur siang sebab malam langsung tak boleh tidur, sakit-sakit badan.
12.30pm - Tengah tidur tetiba rasa leaking. Seluar habis basah. Mula-mula ingatkan terkencing, tapi tak rasa kencing pun. Lencun terus dah. Pergi toilet nak check, air jernih je tak berbau. Terus Whatsapp husband "B standby lah ye.. Syg leaking, dah nak dekat bersalin kot ni". Lepas tu sempat juga Whatsapp dekat group family, "Rasa macam air ketuban pecah, tapi tak sure, kena pi check ke ek?"
Memang sejak dua tiga hari kebelakangan tu, selalu tanya dekat husband "Macam mana ek nak tau dah nak kena pergi hospital?" "Macam mana ek sakit nak bersalin?" Padahal ni bukan anak pertama, tapi nervous sangat! Sebab masa anak pertama lahir pun, leaking tengah malam juga cuma sehari lepas tu barulah bersalin, kiranya sempat lah pergi check dekat hospital & terus admitted.
12.45pm - Husband call bagitau dia dekat PJ tengah collect barang kerja dengan kawan2 office dia. Since takda rasa sakit pun, cakap OK jelah. Sementara tu sempat mandi.
1pm - Tetiba rasa sakit perut memulas sangat. Terfikir dalam hati, "Eh contraction ke ni?". Terus call husband suruh balik. Tapi dia cakap dia tak boleh balik sebab belum settle lagi collect barang & dia pun pergi satu kereta dengan kawan office yg lain so macam tak dapatlah nak balik dulu. Pastu still cakap OK lagi sebab ingatkan contraction biasa dulu (MY BAD!)
1.05pm - Mak call. Time ni tengah menahan contraction kali kedua. Mak tanya OK tak, terus cakap "Mak, org rasa contraction dah ni.." Nafas pun dah tercungap2 nak bercakap. Mak dah mengucap panjang dah, suruh sabar. Pastu Lily Yasmin pun bangun dari tidur. Dalam sakit tu, barulah nak berkemas bag baby, bag utk anak pertama jugak (sebab cadangnya kakak tolong jagakan dia). Tukarkan pampers & baju Lily Yasmin sebab memang dah tak boleh dah ni nak mandikan dia.
1.10pm - Contraction selang 3 minit. Call husband memang paksa balik sebab memang tak tahan sangat dah. Husband pun inform kawan2 office dia & terus on the way balik dari PJ to Ukay Perdana. Saya pun terus pergi bukak mangga pintu grill rumah, sebab memang terfikir husband mesti tak bawak kunci rumah dia (tinggal dekat office). Memang betul, masa on the way balik tu husband dok terfikir macam mana dia nak masuk rumah nanti.
1.15pm - Mak call lagi, suruh baring. Cuba baring, cuba duduk, tak boleh tahan. Sakitnya macam nak tercabut nyawa, sakit amat sangat tapi taktahu sakit dekat mana.. Badan dah mandi air peluh menahan kesakitan. Lily Yasmin ikut je kemana2 sambil tanya "Mama kenapa?" "Mama sakit?" "Mama... Nak susu.." Allahuakbar, masa ni taktahu macam mana nak handle. Nangis jelah sambil cakap "Lily tunggu Babah ye.. Mama sakit.. Mama tak boleh buatkan susu.." ?????? Sedih sangat tengok airmuka dia, sebab dia tak faham lagi..
Lepas tu pergi toilet lagi, tutup mangkuk jamban tu, duduk. Ya Allah, masa ni memang nangis je.. Sakit dah tak terkata.
1.20pm - Contraction datang lagi terus bangun sebab memang tak boleh duduk langsung, sekali bangun terus terkeluar kepala baby (dalam keadaan saya berdiri). Terus sambut, peluk baby dan terus terduduk semula. Baby keluar betul2 depan mata Lily Yasmin, dia menjerit "Mamaaa.. Lily takutttt" dari jauh. Dia memang tak berani datang dekat sebab darah banyak depan toilet.
Baby terus menangis masa keluar, cuma tali pusat dan uri tak keluar sama. Saya tawakkal je duduk diam2 sambil peluk baby, berdoa supaya semuanya selamat. Masa ni tak ada ingat lain dah, ucap syukur & tertanya pada diri sendiri "Nikmat apa lagi yang mahu aku dustakan?" Allah.. Memang satu perasaan insaf yang tak tergambar rasanya. Pilu sangat. Allah SWT pilih saya untuk keadaan ini.
Mak call. Serba salah nak bagitau dah bersalin secara sendiri, tapi sebab tak tahu nak buat apa, bagitahu jugak "Mak... Org dah bersalin". Sekali lagi Mak mengucap panjang, memang dengar suara Mak terketar2 nak menangis. Mak dengar suara Lily jerit "Mamaaa.. Takuttt". Kesian sangat Lily masa ni. Tapi cuba juga cool kan dia, bagitau dia baby dah keluar. Dia suka.. Dia cakap "Mamaa.. Tu baby Lilyyy" ???? Sebak sangattttttt. Minta tolong dia ambilkan tuala untuk balut baby, dia pergi ambil. Nasib baiklah dah boleh diharap..
Call husband, bagitahu dah bersalin. Suruh dia prepare apa patut. Alhamdulillah husband memang jenis yang tak cepat panik, dia call ambulans & on the phone dengan pihak emergency untuk tahu apa yang perlu dibuat. Lebih kurang beberapa minit lepas tu husband sampai. Sementara nak tunggu ambulans sampai, husband ikat tali pusat tu pakai tali kasut lebih kurang sejengkal dari pusat baby. Masa ni abang ipar Safwan Ajis & kakak Azlinawati Suhaimi pun sampai. Diorang tolong handle Lily Yasmin.
Ambulans sampai. Nurse terus suruh baring dan potong tali pusat. Lepastu proses keluarkan uri. Masa ni dah lega sangat.. Dalam perjalanan ke hospital naik ambulans, sekali lagi tertanya pada diri, "Nikmat apa lagi yang aku mahu dustakan?". Allah SWT beri ujian ini, tanpa disangka-sangka... Tak pernah terlintas dalam fikiran pun akan mengalami keadaan macam tu. Terlalu dekat waktu itu dengan kematian, sebab tali pusat & uri lambat dikeluarkan. Tapi.. Allah masih beri peluang ??
Terima kasih untuk semua yang terlibat. Mak dah macam Superwoman berdesup dari JB ke KL naik bas. Perasaan seorang ibu untuk anak, memang ajaib kan. Dalam pada Mak sakit lutut tu, dengar anak sakit terus hilang sakit dia untuk selamatkan anak. Macam tu jugak mak mertua saya, dalam keadaan kaki patah tu, ada juga masa saya dah nak naik ambulans utk ke hospital. Begitu juga kakak Suziana Suhaimi sanggup datang walaupun tengah bekerja. Thank you semua.
A big thanks to Lily Yasmin sebab menyaksikan segala kesakitan Mama.
To all Mommy/Daddy to be, please make sure all well prepared. Masuk je 36 weeks please standby & jangan sesekali ambil mudah macam saya ??
Alhamdulillah semuanya selamat. Doakan semoga ORKED AZALEA menjadi anak yang solehah, bijak cerdik, disenangi dan sentiasa didalam lindungan serta rahmat Allah SWT.
P/S : Segala urusan postage untuk customer THELILYCIOUS telah kami selesaikan pada 21 April 2016. Jika terdapat sebarang kesulitan sila Whatsapp kami & maaf kalau lambat reply ye, almaklumlah orang dalam pantang. But nothing to worry ok, amanah tetap kami laksanakan.