Gadis Kecewa Baju Dibeli Online Indah Khabar Dari Rupa
ALIVIA Briggs, 17, baru-baru ini membeli sehelai baju yang merupakan baju impiannya dari laman jualan online China, Allanhu untuk dipakai semasa majlis prom sekolahnya pada harga $223 (RM 910).
Tetapi apabila baju itu tiba di rumahnya, dia mendapati baju tersebut tidak sama seperti baju idamannya yang dilihat dalam laman web.
Dia kemudiannya berkongsi beberapa keping gambar baju tersebut yang ditunjukkan dalam laman web dan gambar pakaian itu apabila dihantar ke rumahnya.
Ternyata baju yang sepatutnya mempunyai corak dan perincian di bahagian bahu serta leher hanyalah kain net yang dilekatkan manakala warna pink belacan yang ditunjukkan berubah kepada pink menyala.
Alivia memberitahu Seventeen.com bahawa dia menyukai baju tersebut kerana ia mempunyai kain belahan duyung yang sangat cantik menyebabkan dia tidak sabar menunggu ketibaannya selepas membuat pembelian.
Tambahnya, apabila dia menerima baju tersebut ia dilihat lebih kepada sarung tilam dan bukan seperti gambar yang ditunjukkan.
Alivia bagaimanapun bernasib baik kerana memiliki plan B untuk menghadiri majlis promnya dengan menyewa baju lain untuk dipakai semasa majlis itu.