Ibu Buat Aduan Pada Kementerian Kerana Anak Tak Terpilih Sebagai Ketua Pengawas
KOTA DAMANSARA - Seorang ibu kepada murid lelaki berusia 11 tahun membuat aduan pada Kementerian Pelajaran selepas anaknya tidak terpilih sebagai Ketua Pengawas.
Kalaichelvi Nadarajan, membuat aduan tersebut selepas anaknya tidak dipilih sebagai Ketua Pengawas pada 4 Februari oleh jawatankuasa pemilihan sekolah Sri KDU, lapor MalaysiaKini.
Kalaichelvi yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu, meminta pihak jawatankuasa memberikan sebab musababnya, namun permintaannya itu telah ditolak.
"Anak lelaki saya bekerja keras, menunjukkan pencapaian atas purata (dalam program-program akademik dan ko-kurikulum), Malah, dia ditawarkan kedudukan teratas dalam lembaga pengawas tahun lalu.
"Tetapi tahun ini, tiada sesiapa yang boleh memberitahu saya mengapa pelajar lain yang dipilih berbanding anak saya," kata Kalaichelvi.
Ketua Pegawai Operasi (COO) dan Pengarah Akademik Sekolah Sri KDU bagaimanapun, mempertahankan keputusan dan prosedur pemilihan jawatankuasanya.
"Dalam penilaian jawatankuasa, calon yang dipilih sebagai Ketua Pengawas itu adalah calon yang lebih sesuai untuk jawatan itu berdasarkan hasil keseluruhan proses pemilihan.
"Keputusan itu juga dibuat berdasarkan pemerhatian jawatankuasa pada kematangan calon, kesabaran, komitmen dan ketekunan dalam melaksanakan tugasnya pada tahun 2015, serta penghormatan yang beliau peroleh dari yang lain daripada badan pengawas," jelas Ketua Pegawai Operasi berkenaan.