Janna Nick Dakwa Ruhainies Sengaja Mahu Panjangkan Pergaduhan
PERANG dingin antara pelakon Janna Nick dan Ruhainies bagai tidak menemui titik pengakhiran apabila masing-masing kononnya tidak mahu membesarkan hal ini tetapi masih belum berhenti memberikan kenyataan balas.
Sebelum ini, Janna Nick didakwa sudah pandai menunjukkan belang �diva� apabila dikatakan telah menghasut Michael Ang supaya mengganti Ruhainies yang sepatutnya menjadi peneraju utama filem Kimchi Untuk Awak.
Walaupun pada awalnya Ruhainies mengambil keputusan berdiam diri, tetapi dia mengakui bahawa tindakan Janna memuat naik video dan menulis caption menghina dirinya sebagai kurang matang.
Bagi Janna pula, dia mempertahanakn rakaman video yang pernah dimuatnaiknya namun kini telah dipadam.
�Saya bertindak demikian kerana mahu menjelaskan keadaan sebenar. Ini kerana terlalu banyak kenyataan yang dikeluarkan Ruhainies adalah tidak betul. Dia nampaknya tak henti-henti meneruskan agendanya itu�
�Sebelum isu ini jadi besar, saya telah menghubunginya dan ajak berjumpa. Tapi dia seakan tidak mahu memaafkan dan sengaja mahu memanjangkan pergaduhan�
�Saya diam sebab ingat cuma satu kenyataan saja yang dikeluarkan. Tapi lama-kelamaan kenyataan yang dikeluarkan dia semakin mengarut,� katanya kepada BH Online.
Janna Nick juga menjelaskan dia sudah menghantar Whatsapp kepada Ruhainies bagi memberitahu perkara sebenar.
Namun menurut Ruhainies pula, dia akan berkongsikan perbualan mesej tersebut apabila sudah bersedia nanti.
(Baca: Penjelasan Konflik Janna Nick dan Ruhainies)
(Baca: Penjelasan Konflik Janna Nick dan Ruhainies)