Keadaan Jerebu Teruk di Sabah yang Tidak Keluar di TV3 (23 Gambar)
Cuaca panas dan kering kini dirasai di seluruh negara. Tidak hairanlah kenapa kebakaran hutan di beberapa tempat sering berlaku.
Negeri di Utara Tanah air seperti Kedah dan Perlis kini terjejas dengan cuaca panas yang kini mencatat suhu sehingga 40 darjah Celsius.
Pihak bomba di seluruh negara kini dalam keadaan bersiap siaga setiap masa untuk melaksanakan tugas sekiranya berlaku kebakaran.
Namun, ramai yang terlepas pandang akan keadaan negeri Sabah di bawah bayu yang kini dilanda cuaca panas, hutan terbakar dan jerebu teruk.
Antara lokasi terjejas teruk akibat jerebu adalah Membakut, Beaufort, Bisulok, Beufort, Papar dan Bongawan.
Berikut adalah gambar jerebu di beberapa kawasan di Sabah.
Membakut, Beaufort, Bisulok | Gambar Oleh: Ukashah Zubir
Membakut | Gambar Oleh: Borneo
Beufort | Gambar Oleh: D' Jesselton Sabah
Papar | Gambar Oleh: Ahsir Chea Sin
Bongawan | Gambar Oleh: Ahsir Chea Sin
Memetik laporan Bernama bertarikh 31 Mac, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) Sabah memberitahu kebakaran belukar yang kerap berlaku di Sabah menjadi punca utama jerebu melanda beberapa kawasan di negari ini.
Berdasarkan lama web APIMS, jam 5 petang tadi daerah Keningau menunjukkan bacaan API ketiga tertinggi selepas 1, Banting, 116, 2, Pelabuhan Klang, 73, dan Keningau, 65.