Kejadian 5 Kenderaan Sangkut di Tasik Timah Tasoh, Perlis Kelakar Tapi Serius (11 Gambar)
Viral di media sosial, 5 buah kenderaan tersangkut di tasik Timah Tasoh, Perlis. Bermula dari kereta pacuan empat roda sehinggalah ke jentera berat.
Kejadian ini benar-benar mengelikan hati, namun, bacalah penjelasan dari pemilik kenderaan Nissan Navara, Aeirna Lia Ixora yang kami kongsikan menerusi Pixelperfext, di bawah:
Pada awalnya, Toyota Hilux sangkut tetapi tiada siapa pun yang bertanya siapa dan tak ada pun yang nak menolongnya. Tetapi kami kasihan sebab ada budak. Jadi kami pun pergilah tolong, naik Nissan Navara.
Selepas pergi tolong, kami berpatah balik sebab nak pergi cari bantuan yang lebih kuat. Kereta kami tak boleh tarik tanah terlalu lembut. Baru separuh perjalanan, kereta kami pula yang tersangkut.
Call Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk minta bantuan. Kereta JPAM datang dan tersangkut juga.
Selepas JPAM, gagal membantu, kami cuba keluar mencari lori yang berdekatan. Jumpa lori hantu, tetapi lori hantu pun sangkut juga.
Selepas lori hantu, pemilik Hilux menghubungi trekta. Trekta datang dan, seperti yang lain, trekta pun tersangkut juga.
Akhir sekali, dia call Backhoe. Backhoe pun awalnya tersangkut tetapi masih boleh diselamatkan. Kiranya Backhoe inilah penyelamat segala-galanya.
Jadi kepada mereka yang tidak tahu jalan cerita, janganlah kata yang bukan-bukan. Sebab hari ini bukan hari awak, manalah tahu esok lusa hari awak pula ditimpa musibah. Apa-apa pun saya maafkan anda semua. Semoga Allah beri hidayah untuk kalian semua.
Antara komen-komen netizen mengenai kisah kenderaan sangkut di Tasik Timah Tasoh yang sadis tapi kelakar ini.