Kek Hari Jadi Bukti Kasih Sayang Ibu Sebelum Pergi Buat Selamanya
Kasih ibu memang tiada tandingan. Sembilan bulan ibu �membawa� kita ke sana ke mari, sehinggalah melahirkan dan membesarkan bagai menatang minyak yang penuh. Apa sahaja sanggup dilakukan demi anak tersayang.
Hati kami tersentuh tatkala membaca perkongsian wanita ini di sebuah group masakan tentang ketabahan seorang ibu yang masih lagi menyediakan kek harijadi anaknya walaupun kesihatan tidak mengizinkan kerana kanser payudara.
Lebih menyedihkan, si ibu tersebut telah pun �pergi� meninggalkan keluarga tersayang beberapa hari yang lalu.
Kisah ini dipetik menerusi Facebook Group MAHN.
�Saya tetap kuatkan diri��
Beberapa bulan lalu, mendiang, sering berkongsi foto-foto hasil kek yang dibuatnya di sebuah group masakan. Kegigihan dan ketabahan yang ditunjukkan mendiang mengundang perhatian netizen.
Rata-rata kagum malah mendoakan agar dirinya segera sembuh. Kanser payudara tahap 4 yang dihidapi mendiang sudah merebak ke paru-paru sehinggakan terpaksa bergantung kepada oksigen di rumah.
�Beberapa hari lepas dia masih like post saya�
Namun semalam, ahli group tersebut dikhabarkan dengan berita yang sungguh menyedihkan bahawa wanita tersebut telah pun meninggal.
Ternyata kek tersebut merupakan kek terakhir yang disediakan buat anak tercinta dan meninggalkan seribu satu kenangan. Salam takziah buat keluarga mendiang. Pengorbanan seorang ibu..