Kenali Supercar Pertama Buatan Malaysia

KIRA-KIRA 11 tahun lalu, industri automotif Malaysia pernah digemparkan dengan kemunculan Esna Venere, nama yang dimomokkan sebagai supercar pertama Malaysia.

Esna Vanere adalah hasil cetusan idea Enasports Sdn Bhd, sebuah syarikat yang diasaskan oleh seorang usahawan bernama Esmail Naziadin.

Esnasports pada asalnya dirancang untuk dipertontonkan kepada umum pada acara Geneva Motor Show 2006 dan diuji ketika Le Mans 24 Hours Endurance Race, juga pada tahun yang sama lapor Autobuzz.my.

Kenali Supercar Pertama Buatan Malaysia

Kereta ini dikatakan dihasilkan dalam kuantiti terhad 150 unit sahaja dengan 20 unit dilaporkan sudah mula ditempah pada tahun berkenaan dan dijual pada harga sekitar RM500,000 � RM800,000 seunit.

Bagaimanapun disebabkan kematian pengasasnya, projek Esna Vanere ditamatkan serta merta dan hanya menjadi sebahagian daripada sejarah permotoran negara.

Inilah Rupa Supercar Pertama Buatan Malaysia

Rupa Supercar Pertama Buatan Malaysia

Rupa Supercar Pertama Buatan Malaysia

Supercar Pertama Buatan Malaysia

Sejak itu, tiada siapa yang mampu menyiapkan kereta ini dan projek Esna Venere terkubur begitu sahaja.

Bagi kami, agak malang sekali projek istimewa seperti ini tidak diteruskan kerana jika Esna Vanere direalisasikan, ia pastinya menjadi kereta ikonik kebanggaan Malaysia yang berkemungkinan mampu mencabar nama-nama besar dalam industri sport car yang lain seperti Porsche dan Ferrari.

Supercar Pertama Buatan Malaysia

Spesifikasi Esna Vanere dilengkapi enjin 3.0 liter enam silinder supercharged dipadankan dengan pilihan transmisi enam-kelajuan manual atau automatik yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 300 hingga 350 hp.

Ia mampu mencecah kelajuan tertinggi sehingga 300km. Kereta ini juga amat ringan dengan berat hanya 1,080kg disebabkan penggunaan bahan komposit seperti aloi chromoly, aluminium sarang lebah dan gentian karbon.

Sistem suspensinya pula menggunakan teknologi double wishbone yang ditala oleh pakar tempatan dan luar negara.

Mungkinkah ada anak Malaysia yang mampu menyambung visi Esmail Naziadin ini suatu hari nanti?

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel