Lelaki Perjelas Isu Mee Ramyun yang Didakwa Tidak Halal
Dari pagi tadi, saya dihujani dengan pertanyaan tentang status halal ?????. Mungkin sebab saya ada share tentang ramyun ini beberapa hari yang lalu. Tiba-tiba pula, ada seorang hamba Allah share post yang mengatakan bahawa ramyun ini tidak halal kerana diproses di tempat yang sama dengan daging babi. Satu lagi tuduhan yang agak berat ialah status halal yang dikeluarkan oleh KMF adalah diragui.
Saya bukanlah orang yang layak untuk mengesahkan sama ada ramyun ini halal ataupun sebaliknya. Tetapi saya juga tidak boleh suka suki kata yang ia haram sebab saya bukan panel yang menilai kehalalan sesuatu makanan. Berdasarkan sedikit pengalaman dan info semasa di Korea, saya yakin dengan status halal dari KMF, sebab itu saya makan.
Suka untuk saya mengambil contoh Shin Ramyun, produk ramyun yang pertama mendapat cop halal dari KMF sebagai case study. Shin Ramyun ini asalnya memang haram sebab ada unsur-unsur daging di dalamnya (tak ingat daging apa).
Sekitar 2010-2011, tersebar berita bahawa produk ini sedang dalam proses mendapatkan status halal. Ada juga yang saya nampak gambar-gambar lawatan pihak KMF ke kilang memproses ramyun di Facebook. Saya menjadi teruja dan mula mencari-cari di kedai tetapi memang tak dapat jumpalah.
Akhirnya saya mendapat tahu bahawa produk yang halal itu hanya untuk dieksport sahaja. Tetapi saya ada jugalah dapat satu shin ramyun dalam bentuk cup (tak ingat siapa yang bagi). Kelainan yang saya nampak pada ramyun versi halal ini ialah bahan-bahan ditulis dalam bahasa inggeris. Shin Ramyun ada versi halal dan tak halal. Jadi, tiada masalah rasanya untuk mengeluarkan versi halal untuk produk lain.
Jadi, bila saya tengok gambar di post yang menunjukkan bahan-bahan yang ditulis dalam bahasa Korea, saya rasa ada yang tidak kena sebab ramyun yang saya beli di AEON Alamanda Putrajaya itu pun, bahan-bahan ditulis dalam bahasa inggeris. Dan memang tak ada pun cakap tentang proses di tempat sama dengan daging babi.
Pendapat saya, mungkin si hamba Allah ini mendapat produk yang tersilap label lalu menuduh status halal KMF diragui dan JAKIM tidak suka pada KMF adalah tuduhan yang berat. Saya tengok di laman web JAKIM, ada saja program seminar halal di Korea di mana JAKIM sendiri dijemput oleh KMF.
Saya tidak berminat untuk mengambil tahu jika ada isu di antara KMF dengan badan-badan lain. Itu saya serahkan kepada mereka untuk selesaikan masalah sendiri (kalau ada). Usaha KMF untuk menyebarkan Islam di Korea dan mengarus perdanakan produk halal Korea tetap harus diberikan pujian walaupun mungkin ada kelompongan. Kalau ada keraguan, eloklah disuarakan dengan berhemah tanpa memburukkan mana-mana pihak.
Dari pihak saya sendiri, kalau sudah ada jaminan dari pihak berautoriti, bedal sajalah. Kalau tidak yakin, jauhkan. Sekian, wassalam.
Itulah yang dijelaskan oleh Haji Hanafi Sarif mengenai status halal Maggi Ramyeon Chicken Mania yang didakwa tidak Halal.
Maggi Ramyeon Chicken Mania ada dua jenis
Terbaharu, menerusi maklumat yang kami perolehi, Maggi Ramyeon Chicken Mania ini sebenarnya ada dua jenis. Satu dikeluarkan oleh kilang di Korea (ada logo Halal) dan satu lagi dikeluarkan oleh kilang di China.
Itulah yang dijelaskan oleh Haji Hanafi Sarif mengenai status halal Maggi Ramyeon Chicken Mania yang didakwa tidak Halal.
Maggi Ramyeon Chicken Mania ada dua jenis
Terbaharu, menerusi maklumat yang kami perolehi, Maggi Ramyeon Chicken Mania ini sebenarnya ada dua jenis. Satu dikeluarkan oleh kilang di Korea (ada logo Halal) dan satu lagi dikeluarkan oleh kilang di China.