�Malunya Tengok Peminat Fanatik Tudung Fareeda�
Aksi Peminat Fanatik Tudung Fareeda Disifat Memalukan | BANGI - 6 jam yang lalu, pelakon, Fizo Omar, memuat naik video sekumpulan besar pelanggannya lelaki dan perempuan berebut-rebut mendapatkan nombor giliran bagi mendapatkan koleksi terbaru mereka di laman Facebook.
"Ambil nombor giliran untuk dapatkan koleksi terbaru dari @fareedascarf sweet love," katanya.
Video berdurasi 15 saat itu telah ditonton seramai 65,945 pengguna Facebook yang majoritinya mengkritik Fareeda yang dilihat tidak mahir menguruskan pelanggan mereka lapor Pixelperfext.
"Allahuakbar, dunia akhir zaman. Niat dah ok nak beli tudung untuk tutup kepala tetapi bersentuhan antara lelaki perempuan tak ada pula nak fikir," kata Siti Raihan.
"Astaghfirullahalzim, rasanya elok dah Fizo ubah cara perniagaan. Halal haram dah tak kira tu, siapa tanggung? Penjual dan pembeli. Share video di Facebook? Extra dosa dapat," kata Irwan.
"Perlu ke nak beli tudung sampai berebut macam tu? Seriously aku bab tudung ini, beli di pasar malam pun dah cantik-cantik. Ye, aku tahu korang punya duit kan nak beli mahal-mahal. Itu hak korang tetapi aku rasa kalau dah macam ini, lebih baik tak payah pakai tudung. Maaflah ye," kata Chinta Zara
Ada benarnya yang apa dikritik oleh netizen. Perkara ini bukan baru bagi Fareeda, hampir setiap kali ada saja promosi/produk baru dikeluarkan, pasti akan menerima sambutan yang menggalakkan.
Justeru, sewajarnya pihak Fareeda memikirkan batasan di antara lelaki dan perempuan jika benar-benar berniaga atas niat mahu menyebarkan syiar Islam. Bukan hanya setakat mementingkan keuntungan sahaja, tetapi perlu menjaga batasan di antara pelanggan lelaki dan perempuan.
(Baca: �Fareeda Layan Pelanggan Macam Lembu� - Wardina)