Mesej Terakhir Teman Lelaki Sebelum Meninggal Dunia
Luahan Sayu Seorang Wanita yang Cintakan Arwah Teman Lelakinya | WALAUPUN baharu seminggu meninggal dunia, kasih seorang wanita terhadap bekas arwah teman lelaki yang bakal meminangnya ini amat menyentuh perasaan ramai netizen.
Pengguna Facebook, Nur Amalina Yasmin berkongsikan luahan perasaannya berikutan tidak mampu menahan kesedihan tatkala mengenangkan kenangan indah sewaktu bersama-sama dengan arwah.
Teman lelaki yang bakal meminangnya itu, Muhammad Azizi Syahmi Samsuddin, 21; meninggal dunia akibat lemas sewaktu bercuti di Pantai Teluk Senangin, Perak dalam kejadian yang berlaku pada 22 Mac.
Jom ikuti luahan sayu daripada saudari Nur Amalina ini�.
Al-Fatihah
Asalamualaikum cinta�Biy�Awak baca tau apa yang saya nak tulis ni�
Bila teringat balik pertemuan kita 3 tahun lepas saya bahagia sangat. Masa tu awak tengah botak� Macam toyol� Haha.
Tapi bila sayang teringat tarikh 22 Mac 2016, Allahuakbar lilahitaal biy demi Allah sayang lemah� Sayang gagal� Gagal kawal perasaan� Mesej terakhir yang biy hantar kat sayang:
�Syg.. maafkan biy� always buat syg mengangis� Kenapa biy awal sangat tinggalkan sayang� Macam mana dengan pelan masa depan kita?
Macam mana dengan semua janji awak pada syg? Siapa nak tunaikan? �biy, Kat mana? kelas ke? eh tak la.. kat hati syg�
�eh biy! Besar sangat jerni ni� �tak sebesar cinta biy pada sayang�
Biy.. ini kali pertama dan juga kali terakhir nampaknya kita duduk kat pelamin� sebab peluang dah tak ada..
Tiada lagi senyum kambing awak.. Tak kan ada lagi orang kentut merata depan sayang.. takkan ada lagi orang yang akan tepuk dahi sayang.. takkan ada lagi orang yang akan puji bila sayang sarung uniform nurse�
Tak kan ada lagi orang yang akan teman sayang makan sushi.. tak kan ada lagi orang yang akan bawa sayang pergi perlawanan ragbi, Tak kan ada biy sebab semua tu hanya ada pada awak..
Terima kasih Allah sebab pinjamkan kekasih hati ini walau seketika� Anugerah yang paling indah� Awak pernah berjanji yang sayang akan jadi cinta terakhir awak�
Alhamdulillah awak tunaikan kerana di hujung nyawa awak sayang la cinta terakhir tu.. Tenang lah awak di sana cinta� Sayang doakan biy sentiasa dan di tempat bersama orang yang beriman dan mulia.. Selamanya awak cinta hati sayang.. Muhammad Azizi Syahmi Samsudin.
Semoga saudara Amalina diharapkan lebih tabah dan sabar dengan ujian Tuhan dan sama-samalah kita doakan arwah ditempatkan dalam golongan insan yang beriman.